Skuad MLBB tagih khidmat jurulatih tempatan

Skuad MLBB tagih khidmat jurulatih tempatan

Skuad MLBB tagih khidmat jurulatih tempatan
PRESIDEN Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) Muhammad Naim Al-Amin Saharuddin.

Kuala Lumpur: Skuad Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) lelaki negara dijangka menggunakan sepenuhnya khidmat jurulatih tempatan bagi mengharungi kejohanan disertai mereka tahun ini termasuk pada Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun pada September ini.

Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) Muhammad Naim Al-Amin Saharuddin berkata, keputusan itu langkah peralihan kepakaran tenaga tempatan yang dilihat sama hebat seperti dimiliki jurulatih luar negara.

“Sebelum ini, untuk jurulatih kami memang pakai khidmat luar tetapi penolong jurulatih itu masih tenaga tempatan. Kemungkinan kami akan angkat penolong jurulatih sebagai ketua jurulatih.

“Itu antara peralihan kami mahu buat dan kami juga mahu kekalkan momentum yang diraih pasukan sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Filipina berjaya mendapatkan khidmat bekas ketua jurulatih skuad MLBB negara Michael Bocadio (Arcadia) bagi menghadapi saingan Sukan Asia 2026 bersama-sama Paul Miranda (Yeb) dan Francis Glindro.

ADVERTISEMENT
Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25

Dalam pada itu, Muhammad Naim turut memaklumkan skuad MLBB diletakkan dalam program berfasa Majlis Sukan Negara (MSN) manakala skuad wanita dalam Program Podium separuh masa tahun ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat memandangkan kesemua pemain MLBB negara mempunyai komitmen bersama pasukan masing-masing.

Pasukan MLBB lelaki negara mengharungi musim yang cemerlang tahun lepas apabila berjaya menjadi juara pada Kejohanan Dunia e-Sukan IESF 2025 dan memenangi pingat perak pada Sukan Sea 2025 di Thailand.

Pasukan wanita negara juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya meraih emas bagi judul permainan berkenaan pada temasya dwitahunan itu.

Skuad Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) lelaki negara dijangka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker