BWF sahkan sistem 15 mata bermula 2027

BWF sahkan sistem 15 mata bermula 2027

BWF sahkan sistem 15 mata bermula 2027
BWF lulus sistem 15 mata. -FOTO BWF

Horsens: Sukan badminton akan beralih kepada sistem pemarkahan 15 mata bermula Januari 2027 selepas ahli Badminton World Federation (BWF) mengundi untuk menerima format baharu itu pada mesyuarat agung tahunan badan dunia berkenaan di Horsens, Denmark.

Di bawah sistem baharu 3×15, pemain hanya memerlukan 15 mata untuk memenangi satu set, dengan pemenang dua set akan memenangi perlawanan. Sistem semasa 3×21 yang diperkenalkan BWF pada 2006 memerlukan pemain mencapai sekurang-kurangnya 21 mata untuk memenangi satu set.

Cadangan sistem baharu itu diluluskan dengan majoriti dua pertiga undian, menurut kenyataan BWF.

Presiden BWF, Khunying Patama Leeswadtrakul berkata perubahan itu adalah usaha membina sukan yang lebih relevan dengan generasi baharu, selain terus memberi tumpuan kepada masa depan pemain.

“Kami sedar perubahan boleh menimbulkan kebimbangan, terutama dalam sukan yang mempunyai tradisi kuat. Namun, keputusan ini tidak mengubah asas badminton.

“Kemahiran, taktikal, tuntutan fizikal dan mental serta drama dalam sukan ini akan kekal,” katanya.

BWF sahkan sistem 15 mata bermula 2027


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker