Zii Jia selamatkan Malaysia

Zii Jia selamatkan Malaysia

Zii Jia selamatkan Malaysia
ZII JIa tenang mengalahkan Nadeem. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Sensasi perseorangan lelaki negara, Lee Zii Ji muncul wira apabila menyumbang mata kemenangan buat skuad negara yang terpaksa bermandi peluh menewaskan England 3-2 pada aksi pembukaan Kumpulan B, Piala Thomas 2026 di Forum Horsens, hari ini.

Perseorangan pertama negara, Justin Hoh mencetuskan cemas apabila tumbang kepada pemain ranking ke-62 dunia dari England, Harry Huang 19-21, 19-21.

“Hari ini saya bermain sebagai perseorangan pertama, jadi secara jujur saya rasa sedikit tekanan. Lawan juga bermain dengan sangat baik dan saya gagal memanfaatkan peluang untuk menang,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Bagaimanapun beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kembali menyamakan kedudukan selepas menewaskan Oliver Butler-Samuel Jones 21-19, 21-13.

England kembali di depan apabila perseorangan kedua negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin yang berada di ranking ke-51 dunia dikejutkan oleh pemain ranking ke-153 dunia, Cholan Kayan 16-21, 15-21.

Bagaimanapun, beregu kedua negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menghidupkan kembali peluang Malaysia apabila menundukkan Alex Green-Zach Russ 21-14, 21-14 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Zii Jia bagaimanapun tenang ketika turun ke gelanggang apabila muncul penyelamat dengan menewaskan Nadeem Dalvi 21-13, 21-11 bagi memastikan kemenangan Malaysia.

Zii Jia selamatkan Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker