Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti

Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti

Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti

KUALA LUMPUR, 27 April – Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob memaklumkan penubuhan Sekolah Digital UMNO sebagai langkah strategik memperkasa keupayaan komunikasi digital dalam kalangan pimpinan dan jentera parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang berkata inisiatif tersebut bertujuan menyediakan platform pembelajaran yang lebih tersusun dan komprehensif.

“Melalui Sekolah Digital UMNO, kita mahu menyediakan satu platform pembelajaran yang lebih tersusun untuk pimpinan, pegawai penerangan, pasukan media dan petugas komunikasi parti.

“Sekolah Digital UMNO bukan sekadar nama kepada satu program. Ia adalah usaha untuk membina ekosistem latihan digital yang lebih teratur, supaya kefahaman tentang komunikasi digital tidak lagi bergantung kepada pengalaman semata-mata, tetapi turut disokong oleh latihan, modul, panduan dan disiplin kerja yang jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan aluan pada Majlis Pelancaran Program Eksekutif: Executive Certificate in Digital Communications Leadership, bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


Mengulas lanjut, Suraya berkata Executive Certificate in Digital tersebut merupakan antara langkah awal dalam usaha membina ekosistem latihan digital yang lebih menyeluruh dan berstruktur.

Menurut beliau modul-modul ini akan menyentuh aspek kefahaman landskap digital, peranan pemimpin dalam komunikasi moden, pengurusan kandungan dan media sosial, serta cara menyusun pasukan dan kerja komunikasi dengan lebih teratur.

“Kita mahu program ini menjadi asas kepada kefahaman bersama. Apabila pemimpin, wakil rakyat, pegawai penerangan dan pasukan media berada dalam satu kerangka pembelajaran yang sama, maka lebih mudah untuk kita membina keseragaman dari segi cara berfikir, cara bekerja dan cara menyampaikan mesej.

“Pada akhir program ini, peserta yang melengkapkan keperluan pembelajaran akan dianugerahkan Executive Certificate in Digital Communications Leadership.

“Pensijilan ini bukan sekadar dokumen penyertaan. Ia adalah tanda bahawa peserta telah melalui satu proses latihan asas dalam kepimpinan komunikasi digital yang disusun secara formal, dengan penglibatan tenaga pengajar dan rakan akademik,” ujar beliau lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi


Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti

Program yang julung kali diadakan ini menghimpunkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), ahli-ahli DUN BN, ketua-ketua bahagian UMNO, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO serta ketua-ketua penerangan parti.

Khalayak juga disajikan dengan maklumat digital yang disampaikan oleh golongan profesional berdasarkan kepakaran bidang terbabit.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Penerangan UMMO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi; Ketua-ketua bahagian; ketua-ketua penerangan serta kepimpinan lain.- UMNO Online

Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker