ADUN UMNO/BN Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap Aminuddin Harun

ADUN UMNO/BN Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap Aminuddin Harun

ADUN UMNO/BN Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap Aminuddin Harun

KUALA LUMPUR, 27 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO (BPUN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO/Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, hari ini.

Beliau yang juga ADUN Pertang berkata, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara melibatkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan.

“Dimaklumkan bahawa kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan dengan ini sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, serta menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa kami kekal komited untuk mendokong serta mempertahankan institusi adat, sistem perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Kami mahukan sebuah kerajaan yang stabil agar dapat mentadbir negeri dengan berkesan, serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha mensejahterakan rakyat dan ekonomi negeri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


“Pemakluman rasmi berhubung perkara ini akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri serta Setiausaha Dewan Undangan Negeri sejurus selepas sidang media ini,” katanya menerusi satu sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Jalaluddin berkata tindakan itu dibuat selepas berlakunya krisis yang melibatkan institusi adat dan berperlembagaan di Negeri Sembilan, yang disifatkan semakin meruncing serta menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan pentadbiran negeri.

Beliau turut menegaskan bahawa Aminuddin sewajarnya memainkan peranan dengan penuh kebijaksanaan dalam menangani isu berkenaan.

“Kami amat dukacita dan kecewa dengan krisis yang sedang berlaku ketika ini. Sebagai sebuah parti yang sentiasa menjunjung tinggi serta menghormati institusi adat dan sistem berperlembagaan, kami menegaskan bahawa kami tidak akan sesekali mencampuri urusan yang berkaitan dengan institusi tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi


“Untuk makluman, kami tidak pernah dimaklumkan atau dirunding dalam sebarang perbincangan berkaitan perkara ini. Kami hanya mengetahui mengenai krisis ini apabila ia telah mencapai tahap kritikal sehingga menjadi perdebatan umum.

“Sehubungan itu Menteri Besar sewajarnya memainkan peranan dengan penuh kebijaksanaan dalam menangani krisis ini. Krisis yang berlaku ini dilihat berpotensi menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan serta memberi kesan mendalam terhadap kestabilan politik dan keharmonian rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online

ADUN UMNO/BN Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap Aminuddin Harun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker