Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital

Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital

Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital

KUALA LUMPUR, 27 April – Ketua Penerangan UMMO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan pentingnya untuk semua pemimpin dan bakal calon bagi pilihan raya memperkukuh kemahiran digital masing-masing.

Ujarnya, ini adalah bagi memastikan mereka kekal relevan serta tidak ketinggalan dalam landskap politik semasa yang semakin dipengaruhi oleh perkembangan teknologi khususnya penggunaan media sosial.

“Wakil rakyat atau bakal wakil rakyat mesti mempunyai sebanyak mungkin kandungan di media sosial. Jika tidak, sistem tidak akan mengesan kewujudan kita dan tidak akan memberikan respon,” katanya.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) turut sama menyentuh berkenaan perkembangan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI) yang bakal mengubah cara pengundi membuat keputusan pada masa hadapan.

Ujar beliau, kemungkinan besar pengundi akan bergantung kepada AI untuk mendapatkan maklumat berkaitan parti politik serta latar belakang calon sebelum membuat pilihan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


“Kemungkinan pada pilihan raya yang datang, mereka akan tanya kepada AI, parti politik yang patut mereka undi? Apakah sumbangan parti politik tersebut pada penduduk mereka? Siapakah calon yang terbaik dalam kawasan itu?

“Ini adalah soalan-soalan yang mungkin mereka akan tanya kepada AI. Itu sebabnya saya hendak tekankan di sini bahawa generasi kita ialah generasi digital,” ujar beliau.

Beliau juga berpandangan bahawa pengenalan awal calon berpotensi untuk bertanding dalam pilihan raya merupakan antara langkah penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan parti.

Ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pengerang, pendekatan tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada calon untuk lebih dikenali, malah memudahkan usaha membina keyakinan pengundi.

Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital

“Harapan saya kalau ada calon berpotensi kita kena kenalkan lebih awal, tidak perlu tunggu dalam masa pilihan raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi


“Wakil rakyat atau bakal wakil rakyat mesti mempunyai sebanyak mungkin kandungan di media sosial. Jika tidak, sistem tidak akan mengesan kewujudan kita dan tidak akan memberikan respon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Eksekutif: Executive Certificate in Digital Communications Leadership, bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain kehadiran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi; Ketua-ketua bahagian; ketua-ketua penerangan serta kepimpinan lain. – UMNO Online

Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker