UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 27 April – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa perkembangan yang berlaku di Negeri Sembilan merupakan isu dalaman negeri tersebut yang perlu dilihat dalam konteks tersendiri.
Beliau yang juga Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Negeri Sembilan adalah keputusan individu wakil rakyat terbabit, dan kepimpinan UMNO serta Barisan Nasional (BN) akan meneliti perkara tersebut secara menyeluruh.
“Keputusan yang dibuat ADUN Negeri Sembilan adalah keputusan mereka sendiri dan kepimpinan UMNO serta BN akan meneliti keputusan yang mereka (ADUN) lakukan serta akan melihat implikasi politik yang dijangkakan berlaku daripada keputusan yang telah diumumkan itu.
“Kita akan berjumpa dengan ADUN-ADUN UMNO/BN dalam waktu terdekat, dan UMNO mengetahui tentang apa yang mereka rancangkan dan apa yang mereka umumkan tetapi sistem yang ada pada UMNO lazimnya menghormati dan menyantuni keputusan daripada Perhubungan UMNO Negeri berkenaan. Perkara ini akan dirujuk dan akan diputuskan apabila perkara ini dibawa ke Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
“Saya mempunyai waktu yang sangat terbuka dan mereka (ADUN-ADUN) boleh datang bila-bila masa pada hari ini atau selepas ini. Penyelesaian itu tergantung pada situasi politik di Negeri Sembilan. Kita melihat semua aspek dalam perkara ini dan akan meneliti. Dalam politik tentu peluang sedang dicari dan tentu peluang ini cuba Perikatan Nasional (PN) merangkulnya,” katanya kepada pemberita hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
Terdahulu Ahmad Zahid telah menyampaikan ucapan perasmian penutup sempena Majlis Pelancara Program Eksekutif: Executive Certificate In Digital Communication Leadership di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Isnin.
Dalam masa yang sama beliau juga Pengerusi BN dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi membincangkan perkembangan terkini melibatkan ADUN-ADUN di Negeri Sembilan.
Untuk rekod, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO (BPUN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan kesemua ADUN UMNO/BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, hari ini.
Keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara melibatkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan selepas berlakunya krisis yang melibatkan institusi adat dan berperlembagaan di Negeri Sembilan, yang disifatkan semakin meruncing serta menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan pentadbiran negeri. – UMNO Online
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
You must be logged in to post a comment.