UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja

UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja

https://umno-online.my/2026/04/28/umno-pj-buat-laporan-polis-desak-tindakan-lebih-tegas-terhadap-pihak-hina-institusi-diraja/#:~:text=GALERI%20BERITA-,UMNO%20PJ%20Buat%20Laporan%20Polis%2C%20Desak%20Tindakan%20Lebih%20Tegas%20Terhadap%20Pihak%20Hina%20Institusi%20Diraja,-28%20April%202026

PETALING JAYA, 28 April – UMNO Bahagian Petaling Jaya hari ini tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya susulan satu hantaran Facebook yang menggunakan nama Huayan The Pureland Learning yang jelas menghina institusi Diraja, khususnya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya merangkap Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad A’zlan Abu Bakar menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang berani mencabar dan memperlekeh institusi Raja.

Jelasnya, penghinaan sedemikian dipercayai tercetus susulan titah baginda sebelum ini yang menegaskan bahawa penternakan babi tidak wajar diteruskan di negeri Selangor atas faktor pencemaran sungai, udara serta kedudukan ladang yang berhampiran kawasan penempatan majoriti umat Islam.

“UMNO Bahagian Petaling Jaya percaya bahawa perkara penghinaan seperti ini berlaku dan akan terus berlaku kerana baru-baru ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah menitahkan agar ternakan babi tidak diadakan di negeri Selangor sempena Istiadat Mesyuarat Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


“DYMM Sultan Sharafuddin menegaskan, isu pencemaran sungai dan udara turut menjadi faktor penternakan babi tidak sesuai diteruskan di negeri ini. Selain itu, pelbagai faktor termasuk kekangan tanah selain kedudukan ladang ternakan yang berada di kawasan penempatan penduduk padat dengan umat Islam.

“Walaupun seperti yang dikatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki di dalam sidang dewan bahawa pelaksanaan perternakan babi ini secara penternakan moden, ia tiada jaminan bahawa penternakan moden tidak akan menyebabkan pencemaran air di kawasan tadahan air serta sungai yang menjadi punca air bersih kepada penduduk di Lembah Klang,” katanya kepada pemberita di IPD Petaling Jaya, di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa titah Sultan Sharafuddin Idris Shah bukan bertujuan menyekat kebebasan pemakanan masyarakat bukan Islam, sebaliknya baginda mencadangkan agar bekalan daging babi diperoleh melalui import bagi memenuhi keperluan golongan tersebut.

UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja

“Penternakan babi ini bukanlah bermakna mengharamkan atau menghalang mereka yang bukan beragama Islam memakannya kerana Sultan Selangor turut bertitah menyarankan agar isu ini diselesaikan dengan mengimport daging babi dari luar terutamanya dari negeri Sarawak untuk bekalan kaum bukan Islam yang memerlukannya,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor


Dalam pada itu, Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya memberi amaran keras bahawa mereka tidak akan berdiam diri sekiranya terdapat pihak yang terus mencemarkan institusi Raja.

“Kami tidak akan sesekali berdiam diri. Sudah wajar agar mereka yang menghina Sultan Selangor ini terus dibuang dari negeri Selangor daripada tinggal mahupun mencari rezeki di dalam negeri Selangor,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar agar melihat perkara yang lebih serius serta memberi kebaikan kepada keseluruhan rakyat negeri Selangor iaitu isu banjir yang masih membelenggu rakyat sehingga ke hari kini.

“Menteri Besar jangan terus dilihat lembik dengan membiarkan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bersuara dan melaksanakan perkara-perkara seperti yang dititahkan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj… Daulat Tuanku,” ujarnya. – UMNO Online

UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker