Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 28 April – Podcast ‘Hitam Putih Kelabu’ yang dikendalikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, menampilkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berpandangan bahawa isu jurang generasi perlu diberi perhatian oleh parti.

Ini kerana katanya, perkembangan landskap politik seperti Undi 18 perlu diambil kira dari segi penetapan calon pilihan raya dan ia harus mengikut aturan perlembagaan (constitutional arrangement).

\“Saya setuju, mungkin boleh dimulakan dalam parti dahulu kerana salah satu perkara yang perlu kita perbaiki ialah… bagaimana kita nak selesaikan masalah ‘generational gap’?

“Ya, realiti yang ada di hadapan kita ialah anak-anak muda. Kalau sebelum ini kita tahu umur untuk menjadi pengundi ialah 21 tahun, tetapi sekarang 18 tahun pun sudah boleh mengundi. Perkembangan ini memerlukan kita untuk memberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, perwakilan mengikut kadar atau ‘proportional representation’ wajar diteliti dalam usaha untuk ‘reset’ semula BN.

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

“Tetapi yang diperlukan bukan hanya inisiatif parti semata-mata. Ia mesti ada ‘constitutional arrangement’, dengan Datuk Seri Azalina sebagai pakar, saya fikir kita boleh mengemukakan perkara ini. Bagi saya tidak ada masalah.

“Kalau ada negara jiran yang juga memikirkan tentang konsep representasi yang dibina kerana kepelbagaian kaum, saya fikir wajar juga dilihat dalam konteks itu.

“Cuma persoalannya sejauh mana kita mahu memulakannya. Saya fikir boleh sahaja kita mulakan jika kita mahu. Kalau betul UMNO/BN bercakap tentang ‘resetting’, mungkin salah satu daripadanya dalam perlembagaan ialah ‘proportional representation’,” katanya lagi. – UMNO Online

Podcast ‘Hitam Putih Kelabu’ yang dikendalikan oleh Ketua

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker