Rexy puji semangat juang skuad Piala Uber

Rexy puji semangat juang skuad Piala Uber

Rexy puji semangat juang skuad Piala Uber
AKSI Nor Aqilah Maisarah (kiri) dan Low Zi Yu ketika bertemu Jepun. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Kekalahan 1-4 kepada Jepun tidak mematahkan keyakinan barisan kejurulatihan apabila Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky tetap memuji semangat juang tinggi dipamerkan skuad Piala Uber negara.

Pada aksi terakhir Kumpulan B di Horsens, Denmark itu, Malaysia tetap memberikan tentangan sengit walaupun turun tanpa beberapa pemain utama.

Sinar positif skuad negara terserlah menerusi kemenangan beregu wanita muda, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan yang mencuri satu mata berharga selepas menewaskan pasangan nombor tujuh dunia dari Jepun.

Rexy menyifatkan persembahan keseluruhan pasukan sebagai sesuatu yang membanggakan meskipun keputusan tidak memihak kepada Malaysia.

“Saya berikan pujian atas semangat juang yang dipamerkan skuad Piala Uber kerana berjaya membuktikan bahawa mereka masih dapat menyajikan satu perlawanan cukup baik tanpa pemain ternama,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid


Keputusan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan sebagai naib juara kumpulan, namun tetap mara ke suku akhir hasil dua kemenangan awal ke atas Turkiye dan Afrika Selatan.

Dalam masa sama, Rexy turut mengingatkan pemain muda supaya tidak terlalu selesa dengan pencapaian semasa walaupun berjaya mencuri tumpuan.

“Saya tidak mahu memuji terlalu banyak, hanya berikan sokongan serta motivasi kepada mereka untuk lebih bersemangat. Saya juga tidak mahu mereka cepat berasa puas hati dengan prestasi ini,” ujarnya.

Kini, cabaran lebih getir menanti skuad negara di pentas suku akhir dengan fokus terarah kepada usaha mengekalkan momentum serta semangat juang tinggi yang sudah dipamerkan.

Rexy puji semangat juang skuad Piala Uber

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker