Semangat Berpasukan, Kebajikan Rakyat Teras Pentadbiran Pahang – Wan Rosdy
Semangat Berpasukan, Kebajikan Rakyat Teras Pentadbiran Pahang – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kepimpinan yang berteraskan semangat berpasukan dan keutamaan kepada kebajikan rakyat menjadi antara tunjang utama pentadbiran Kerajaan negeri berkenaan.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan bahawa kekuatan sesebuah kerajaan bukan sahaja terletak pada dasar yang digubal, malah bergantung kepada keupayaan semua pihak dalam parti dan kerajaan untuk bergerak sebagai satu pasukan tanpa berpecah kepada puak atau kelompok tertentu.
“Apabila kita bekerja sebagai satu pasukan, kita akan lebih mudah mencapai matlamat. Sebaliknya, jika wujud puak dan kabilah, ia akan menyukarkan usaha kita,” katanya menerusi podcast #HitamPutihKelabu yang disiarkan menerusi Facebook UMNO-Online, malam tadi sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80 pada 11 Mei depan.
Podcast berkenaan dihoskan Ketua Penerangan Puteri UMNO, Shamellya Norazizi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
Menurut Wan Rosdy, setiap pemimpin juga perlu sentiasa bersedia berhadapan dengan rakyat yang menjadi penilai utama prestasi kerajaan, khususnya menjelang pilihan raya.
“Rakyat ada mata, mereka menilai. Kalau selepas empat atau lima tahun kita tidak membawa apa-apa perubahan kepada negeri, sudah tentu mereka akan membuat keputusan sendiri,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan untuk kerajaan kekal relevan dengan rakyat melalui pendekatan mesra dan sentiasa mendengar permasalahan mereka, terutama golongan berpendapatan rendah.
Dalam masa sama, beliau turut memberi fokus kepada usaha memperbaiki imej dan kedudukan kewangan negeri.
“Pahang ada mineral, hutan, sungai, gunung dan pulau yang cantik. Jadi apabila rakyat lihat hutang tinggi, ia memberi persepsi pentadbiran tidak diurus dengan baik. Sebab itu kita ambil langkah menyusun semula kewangan negeri,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
Hasil daripada usaha tersebut, tambahnya lagi kerajaan negeri berjaya mengurangkan beban hutang serta meningkatkan hasil negeri secara signifikan, sekali gus memperkukuh kedudukan fiskal.
Tambah beliau, peningkatan hasil itu tidak hanya digunakan untuk pengurusan pentadbiran semata-mata, sebaliknya dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif kebajikan.
“Janji kita, apa yang diperoleh selepas ditolak perbelanjaan tetap dan simpanan, kita kembalikan kepada rakyat supaya mereka dapat merasai manfaatnya,” jelasnya
“Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pemberian bantuan kewangan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke universiti serta sumbangan kepada murid yang memulakan persekolahan,” ujarnya.
Ujarnya lagi, pendekatan tersebut bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat, malah meningkatkan keyakinan mereka terhadap kerajaan negeri.
“Kepercayaan rakyat adalah aset paling penting dan perlu dipelihara agar mandat yang diberikan terus kekal kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam mentadbir negeri,” tambahnya.- UMNO Online
Semangat Berpasukan, Kebajikan Rakyat Teras Pentadbiran Pahang – Wan Rosdy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja
- Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek
- UMNO 80 Tahun: Langkah ‘Reset’ BN Ke Arah Keterbukaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry
You must be logged in to post a comment.