Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula

KUALA LUMPUR, 29 April – Pertandingan Pidato Piala Ahmad Zahid Hamidi (AZH) yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO mengambil tempat bagi menyerikan lagi sambutan ulang tahun UMNO ke-80 kali ini.

Mengangkat tema ‘UMNO 80; Berakar Pada Legasi, Mengukuh Generasi Masa Depan’, pertandingan pidato ini dilihat mampu menyegarkan semula sejarah perjuangan dipikul UMNO dan membugarnya kembali untuk generasi masa hadapan.

Pertandingan yang mempertaruhkan dua kategori iaitu Muda dan Utama yang telah berjaya menarik lebih 100 penyertaan dari pelbagai lapisan umur; sekolah rendah sehingga orang awam berumur di bawah 40 tahun.

Berlangsung selama tiga hari, para peserta akan melalui tiga peringkat iaitu saringan, separuh akhir dan akhir, bermula 29 April 2026 sehingga 1 Mei 2026.

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula

Sesi saringan pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya pada Rabu, mempertaruhkan 104 peserta dari kategori Muda dan Utama yang telah menzahirkan pelbagai buah pemikiran untuk mengukuhkan semula parti keramat UMNO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid


Pada Khamis akan berlangsung peringkat separuh akhir yang bakal mempertaruhkan 20 finalis dari kategori Muda dan Utama. Pertandingan dijangka akan bermula pada jam 9.30 pagi dan akan diakhiri dengan pengumuman finalis peringkat akhir pada jam 6.00 petang.

Kemuncak bagi acara Pertandingan Pidato Piala AZH akan berlangsung pada Jumaat, 1 Mei 2026, bermula pada jam 6.00 petang. Seramai 10 finalis dari kategori Muda dan Utama bakal bertanding bagi merebut gelaran juara.

Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, malah berperanan sebagai medium untuk memperkukuhkan semangat jati diri, kepimpinan dan kecintaan terhadap perjuangan parti dalam kalangan generasi muda.

Diharapkan usaha ini mampu melahirkan lebih ramai pemidato berkualiti yang akan terus mewarnai landskap kepimpinan negara pada masa hadapan. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker