Kerajaan Negeri Melaka Terus Perkukuh Dasar Berpaksikan Rakyat

Kerajaan Negeri Melaka Terus Perkukuh Dasar Berpaksikan Rakyat

Kerajaan Negeri Melaka Terus Perkukuh Dasar Berpaksikan Rakyat

MELAKA, 29 April — Kerajaan Negeri Melaka menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh dasar dan inisiatif yang berpaksikan kepentingan rakyat, selaras dengan prinsip “Melaka Sayang Rakyat”.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, setiap keputusan dan dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri bukan sekadar retorik, sebaliknya berasaskan realiti di lapangan serta keperluan sebenar kira-kira 1.05 juta rakyat negeri itu.

“Segala dasar dan keputusan yang dibuat adalah berteraskan realiti di lapangan serta keperluan sebenar rakyat Melaka,” katanya ketika menggulung perbahasan usul di Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa wakil rakyat di bawah pentadbiran kerajaan negeri memainkan peranan penting dengan turun padang bagi menyelesaikan isu dan kegusaran rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid


“Wakil rakyat di bawah kerajaan inilah yang benar-benar turun ke lapangan menyelesaikan kegusaran rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima kritikan, namun menolak sebarang persepsi yang tidak berasaskan fakta.

Menurutnya, pendekatan pentadbiran negeri kini dipandu oleh data, perancangan rapi serta iltizam yang kukuh demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Kerajaan negeri tidak pernah menolak kritikan; tetapi kita menolak sebarang persepsi yang tidak berasaskan fakta,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata kejayaan sebenar sesebuah kerajaan bukan diukur melalui perancangan semata-mata, tetapi melalui impak yang dirasai rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor


“Ukuran sebenar kejayaan bukan pada apa yang dirancang, tetapi pada apa yang benar-benar dirasai oleh rakyat,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengambil bahagian dalam perbahasan, sambil memberi jaminan bahawa setiap isu yang dibangkitkan akan diteliti dan diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Melaka, katanya, akan terus melangkah ke hadapan dengan pendekatan inklusif demi memastikan pembangunan negeri seiring dengan kesejahteraan rakyat. – UMNO Online

Kerajaan Negeri Melaka Terus Perkukuh Dasar Berpaksikan Rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker