Kembali Ke Rumah Bangsa: Lagi Bekas Pemimpin Bersatu Sertai UMNO

Kembali Ke Rumah Bangsa: Lagi Bekas Pemimpin Bersatu Sertai UMNO

Kembali Ke Rumah Bangsa: Lagi Bekas Pemimpin Bersatu Sertai UMNO

KUALA LUMPUR, 29 April – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, memaklumkan telah menerima permohonan daripada bekas Setiausaha Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Kamarudin Mohd Kasim, untuk kembali menjadi ahli UMNO.

Menurut beliau, permohonan tersebut telah diterima secara rasmi dalam pertemuan yang berlangsung hari ini.

“UMNO telah menerima permohonan saudara Kamarudin Mohd Kasim untuk kembali menjadi ahli. Parti sentiasa terbuka kepada mereka yang ingin bersama-sama memperkukuhkan perjuangan UMNO,” katanya.

Ujarnya, ini adalah selari dengan hasrat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak pernah menutup pintu kepada bekas ahli atau mana-mana individu yang ingin kembali menyumbang kepada parti, khususnya dalam usaha memperkukuhkan kekuatan organisasi dan akar umbi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid


Jelas beliau, Kamarudin yang sebelum ini aktif bersama Bersatu mengambil keputusan untuk kembali ke UMNO selepas menilai semula hala tuju politiknya dan memilih untuk bersama parti yang mempunyai sejarah panjang dalam perjuangan politik negara.

Dalam pada itu, Mohd Sumali turut mengalu-alukan langkah tersebut dan menyifatkannya sebagai perkembangan positif yang boleh memberi nilai tambah kepada parti.

Beliau juga menyeru agar lebih ramai bekas ahli UMNO yang pernah meninggalkan parti untuk mempertimbangkan kembali menyertai UMNO dan menyahut seruan Rumah Bangsa demi masa hadapan agama, bangsa dan negara. – UMNO Online

Kembali Ke Rumah Bangsa: Lagi Bekas Pemimpin Bersatu Sertai UMNO


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker