Lelaki rugi RM415,000 ditipu tawaran permit haji, perniagaan hotel di Makkah

Lelaki rugi RM415,000 ditipu tawaran permit haji, perniagaan hotel di Makkah

Lelaki rugi RM415,000 ditipu tawaran permit haji, perniagaan hotel di Makkah

KUCHING: Seorang warga emas kerugian RM415,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan membabitkan tawaran pengeluaran permit haji dan perniagaan hotel di Makkah.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berusia 62 tahun berkenalan dengan seorang suspek lelaki pada 30 Oktober 2024 di sebuah restoran di kawasan Clock Tower, Makkah.

“Suspek menawarkan bantuan mendapatkan permit haji selain peluang menyertai perniagaan hotel bagi penginapan jemaah semasa musim haji dan umrah di Makkah.

“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa melakukan enam transaksi pembayaran secara dalam talian ke dua akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata, pembayaran pertama dibuat pada 10 November 2024 ketika mangsa berada di kediamannya di Kuching.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM415,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Lelaki rugi RM415,000 ditipu tawaran permit haji, perniagaan hotel di Makkah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker