Lelaki pandu van sekolah lawan arus dalam video tular ditahan, kenderaan disita – Polis
Lelaki pandu van sekolah lawan arus dalam video tular ditahan, kenderaan disita – Polis

PONTIAN: Polis mengesahkan pemandu van sekolah dalam video tular yang memaparkan kenderaan itu dipandu secara melawan arus dalam keadaan hujan ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain, berkata lelaki berusia 64 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk dirakam keterangan.
Selain itu, beliau berkata van sekolah yang digunakan dalam kejadian itu juga turut disita.
Mengulas lanjut, katanya pihaknya mengesan satu rakaman video tular di Facebook Geng Pontian pada jam 7.55 pagi hari ini mengenai kejadian itu.
“Siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku semalam pada jam 2.03 petang di susur masuk persimpangan Jalan Pontian Utama di kilometer 55.9 Jalan Pontian Johor,.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Lelaki pandu van sekolah lawan arus dalam video tular ditahan, kenderaan disita – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja
- Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek
- UMNO 80 Tahun: Langkah ‘Reset’ BN Ke Arah Keterbukaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry
You must be logged in to post a comment.