Lelaki pukul isteri hingga keguguran sudah ditahan – Ketua Polis Kedah
Lelaki pukul isteri hingga keguguran sudah ditahan – Ketua Polis Kedah

SUNGAI PETANI: Polis Kedah menahan lelaki yang disyaki memukul isterinya yang juga penjawat awam sehingga menyebabkan mangsa mengalami keguguran Khamis lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis yang memburunya di sekitar Alor Setar hari ini.
Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani pagi esok bagi mendapatkan perintah reman sebelum siasatan lanjut ke atasnya akan dilakukan.
“Polis baru saja tahan suspek hari ini, dan kita akan dapatkan permohonan reman di mahkamah esok.
“Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
Adzli berkata, satu sidang media berkaitan penahanan suspek akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah esok, bagi memaklumkan perkembangan siasatan kes berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa turut mengalami keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.
Lelaki pukul isteri hingga keguguran sudah ditahan – Ketua Polis Kedah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja
- Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek
- UMNO 80 Tahun: Langkah ‘Reset’ BN Ke Arah Keterbukaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry
You must be logged in to post a comment.