James Chai akan ke SPRM lagi esok, sambung beri keterangan

James Chai akan ke SPRM lagi esok, sambung beri keterangan

James Chai akan ke SPRM lagi esok, sambung beri keterangan
James Chai.

PUTRAJAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau James Chai akan dipanggil semula untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan James Chai diminta hadir pada 10 pagi.

Beliau berkata proses mengambil keterangan James Chai hari ini selesai pada 6.30 petang dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, SPRM merakam percakapan penganalisis politik, iaitu James Chai yang juga saksi membabitkan siasatan berhubung sebuah projek semikonduktor yang dibiayai kerajaan bernilai kira-kira RM1.1 bilion.

Menurut sumber, saksi hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi maklumat dan membantu siasatan kes berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid


“Saksi tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 10 pagi tadi dan fokus sekarang adalah untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Pada 1 April lalu, SPRM memberi tempoh dua minggu kepada James Chai untuk tampil membantu siasatan kes membabitkan firma semikonduktor itu.

Sebelum itu, pada 16 Februari lalu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Menurut sumber, siasatan dijalankan susulan aduan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Selain itu, siasatan turut menjurus kepada unsur konflik kepentingan apabila beberapa individu dikatakan telah diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing itu selepas berhenti daripada sebuah kementerian.

James Chai akan ke SPRM lagi esok, sambung beri keterangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker