Besarnya jasa Bruno, Casemiro buat Man United

Besarnya jasa Bruno, Casemiro buat Man United

Besarnya jasa Bruno, Casemiro buat Man United
BRUNO (dua dari kanan) dan Casemiro (kanan) membantah keputusan pengadil, Chris Kavanagh pada perlawanan menentang Brentford di Old Trafford, awal pagi tadi. FOTO REUTERS

Perancangan pada petang Sabtu, 27 September 2025 tidak berlangsung seperti diharapkan.

Saya bersama anak, Rayyan Iman pada mulanya menyaksikan perlawanan Liga Super antara Kuala Lumpur City (KL City) FC bertemu Terengganu FC (TFC) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 5 petang.

Perlawanan itu sepatutnya berakhir sebelum 7 malam dan kami merancang bergegas ke Warong Dollah Pindah di Sentul untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Manchester United berkunjung ke Brentford, bermula 8.30 malam.

Tetapi, aksi KL City dan TFC tertangguh kerana hujan lebat menyebabkan kami akhirnya meninggalkan stadium ketika perlawanan belum berakhir.

Brentford mendahului 2-0 menerusi jaringan Igor Thiago sebelum United merapatkan jurang menerusi Benjamin Sesko.

Impian United untuk bangkit musnah apabila Mathias Jensen melebarkan jurang Brentford dengan gol pada masa kecederaan.

Tetapi, kisah tujuh bulan lalu itu berubah pada aksi timbal balik apabila United menang 2-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Kali ini, United pula yang mendahului 2-0 menerusi tandukan Casemiro dan rembatan Sesko pada babak pertama, sebelum Jensen merapatkan jurang menerusi rembatan cantik pada minit ke-87 manakala Thiago melepaskan beberapa peluang keemasan.

Pengendali pasukan sudah berubah apabila Ruben Amorim dipecat pada Januari lalu dan pengurus interim, Michael Carrick meneruskan rentak cemerlang di United.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor


Perancang utama dua gol United adalah kapten, Bruno Fernandes. Sepakan sudutnya ditanduk bek tengah, Harry Maguire sebelum Casemiro menanduk masuk gol pendahuluan pada minit ke-11.

Ia adalah gol kesembilan Casemiro di EPL musim ini dengan lapan daripadanya menerusi tandukan dan jelas, jumlah itu cukup mengagumkan bagi pemain tengah bertahan.

Cuma yang menyedihkan, dia akan meninggalkan United pada hujung musim ini, sekali gus bakal meninggalkan satu tanda tanya dan mungkin kelompongan jentera tengah yang sukar diganti.

Bruno pula mencipta bantuan gol ke-19 pada musim ini apabila umpanannya disudahkan Sesko untuk gol kedua United.

Maestro dari Portugal itu hanya memerlukan dua lagi bantuan gol untuk memintas rekod 20 bantuan gol semusim yang dipegang Thierry Henry dan Kevin de Bruyne.

Jelas, 19 bantuan gol dan lapan gol dijaringkan Bruno di EPL musim ini cukup besar maknanya buat United menduduki tangga ketiga EPL ketika ini.

Ahad ini, United akan melayan Liverpool pada aksi ‘blockbuster’ dengan maruah menjadi pertaruhan pada ketika kedua-dua pasukan hampir pasti ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL), musim depan.

Besarnya jasa Bruno, Casemiro buat Man United

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker