JDT bermandi peluh sebelum benam MFC
JDT bermandi peluh sebelum benam MFC

Melaka: Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan halangan getir sebelum menang 2-1 ke atas Melaka FC (MFC) pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.
Malah, JDT yang mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACLE) itu dikejutkan lebih awal menerusi percubaan bekas pemain kebangsaan, Mahalli Jasuli pada minit keempat, namun percubaannya mudah diselamatkan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi.
JDT kemudian mengasak menerusi percubaan Bergson da Silva dan rembatan deras Oscar Arribas, tetapi ditepis keluar penjaga gol MFC, Samuel Jacob.
Malah, jaringan awal MFC menerusi Aaron Kumar pada minit ke-19 dibatalkan susulan Mahali yang berada dalam kedudukan ofsaid.
Ketika tuan rumah mengasak, JDT membuka jaringan menerusi Ager Aketxe pada minit ke-44 hasil hantaran bek kanan, Syahmi Safari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
Selang seminit, jaringan kedua pelawat menyusul menerusi Marcos Guilherme yang menolak masuk hantaran Natxo Insa sebelum rehat.
Pada awal babak kedua, jaringan pemain MFC, Ahmed Shamsaldin dibatalkan selepas dia dikesan berada pada kedudukan ofsaid.
Apapun, tuan rumah merapatkan jurang menerusi rembatan Dino Kalesic selepas menerima hantaran Kwangil Pak pada minit ke-73.
Tentangan sengit MFC itu tetap menghiburkan lebih 2,000 penyokong yang hadir kerana pelawat bukan calang- calang pasukan dengan reputasi tinggi serta gelaran dan rekod dimiliki mereka.
JDT bermandi peluh sebelum benam MFC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja
- Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek
- UMNO 80 Tahun: Langkah ‘Reset’ BN Ke Arah Keterbukaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry
You must be logged in to post a comment.