Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan media sosial memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat secara menyeluruh.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata situasi ini menuntut penggunaan platform digital diperkasakan selari dengan perubahan landskap politik semasa yang semakin mencabar.
“Saya percaya maklumat amat penting untuk sampai kepada rakyat. Tanpa gerakan media sosial, sebaik mana pun maklumat yang disampaikan tidak akan memberi kesan yang menyeluruh.
“Sebab itu, keputusan Penerangan UMNO Malaysia yang dibuat perlu disusuli dengan tindakan balas yang lebih tersusun, termasuk memperkukuh latihan dan gerakan di lapangan,” katanya.
Azalina berkata demikian pada program UMNO ke-80: Politik Era Baharu (Digital) yang dilaksana, di sini semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Berpasukan, Kebajikan Rakyat Teras Pentadbiran Pahang – Wan Rosdy
- Kerajaan Negeri Melaka Terus Perkukuh Dasar Berpaksikan Rakyat
- Kembali Ke Rumah Bangsa: Lagi Bekas Pemimpin Bersatu Sertai UMNO
Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula
Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob dan ketua-ketua penerangan negeri dan ketua bahagian seluruh negara.
Mengulas lanjut, beliau berkata cabaran utama ketika ini adalah memastikan jentera penerangan parti mampu bergerak secara lebih agresif khususnya dalam menghadapi persepsi negatif di media sosial.
Katanya, tumpuan khusus juga diberikan kepada Johor dan Melaka yang dijangka menghadapi Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.

“Saya melihat ini sebagai satu cabaran besar kerana kita perlu memberi tumpuan khusus kepada Johor dan Melaka, terutama dalam tempoh terdekat. Ini adalah langkah yang wajib kita lakukan segera bagi memperkukuh gerak kerja kita.
“Harapan saya sekiranya bahagian dan cawangan yang mempunyai keahlian ramai dapat menggerakkan tindakan di media sosial secara aktif, saya yakin kita mampu menurunkan sentimen negatif dan pada masa sama meningkatkan sentimen positif terhadap segala usaha yang digerakkan oleh UMNO Malaysia,” ujar beliau. – UMNO Online
Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
You must be logged in to post a comment.