Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu

Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu

Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Inisiatif Rumah Bangsa yang digagaskan oleh UMNO bertujuan mengekalkan kesinambungan perjuangan pemimpin terdahulu dan memperkukuh penyatuan orang Melayu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata gagasan tersebut merupakan langkah konsolidasi politik bagi mengukuhkan kedudukan parti sebagai tempat bersandar masyarakat Melayu.

 

Menurut beliau, idea itu dicetuskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai usaha menyatukan orang Melayu di bawah satu platform yang jelas.

“Rumah Bangsa ini adalah satu gagasan untuk kita ‘consolidate’ dan memberitahu orang Melayu bahawa inilah rumah mereka untuk berpaut dan bersandar,” katanya ketika sesi Sembang Santai dan Penyerahan Kad Keahlian UMNO.

Beliau menegaskan bahawa gagasan tersebut bukan sahaja bertujuan menarik penyertaan orang Melayu, malah membuka ruang untuk membina kepimpinan baharu dalam parti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry


“Dalam proses ini, kita akan mengenal pasti bakat-bakat muda untuk diasah sebagai pelapis kepimpinan. Namun, bukan semua yang menyertai parti akan menjadi pemimpin.

“Konsep Rumah Bangsa juga menekankan kesinambungan perjuangan dalam mempertahankan maruah bangsa Melayu, bahasa Melayu serta institusi Raja-Raja Melayu, selaras dengan perlembagaan parti,” katanya.

 

Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu

Pada masa sama, UMNO tetap komited dalam kerjasama pelbagai kaum melalui Barisan Nasional (BN) bersama parti komponen seperti MCA dan MIC.

“Segala dasar yang dibawa akan dibincangkan dan diolah di peringkat BN supaya menjadi dasar negara yang inklusif dan mewakili masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa gagasan Rumah Bangsa merupakan wadah penting untuk memperkukuh perpaduan, memastikan kesinambungan perjuangan parti, dan menjamin kestabilan politik negara pada masa hadapan. – UMNO Online

Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker