Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik

Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik

Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Exco Wanita UMNO Malaysia, Wan Mohalina Wan Mohammad berpandangan sudah tiba masanya satu pendekatan lebih tegas dan berstruktur dilaksanakan bagi memastikan penyertaan wanita dalam politik dapat diperkasakan secara menyeluruh.

Beliau menegaskan negara tidak ketandusan pemimpin wanita yang berkualiti, namun cabaran utama ketika ini adalah kekurangan ruang yang adil dan seimbang untuk wanita terlibat secara aktif dalam arena politik.

“Isu ini bukan perkara baharu ia telah berkali-kali dibincangkan, namun perubahan yang dicapai masih terlalu perlahan.

“Antara puncanya ialah pendekatan yang masih bersifat sukarela dalam kalangan parti politik.

“Walaupun terdapat komitmen untuk meletakkan 30 peratus calon wanita, realitinya sasaran tersebut sering tidak tercapai,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry


Wan Mohalina berkata demikian ketika ditemui UMNO Online seusai Forum Voices of Her: Wanita dan Politik yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, bersempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80 yang diadakan pada Jumaat.

Mengulas lanjut kata beliau tanpa perubahan yang lebih menyeluruh melibatkan dasar dalam sistem pilihan raya, institusi politik usaha meningkatkan penyertaan wanita akan terus berdepan jalan sukar.

Wan Mohalina turut menolak persepsi bahawa kekurangan calon wanita menjadi punca utama, sebaliknya menjelaskan data menunjukkan tahap penerimaan masyarakat terhadap calon wanita adalah memberangsangkan.

“Oleh itu, sudah tiba masanya perlu ada perubahan berstruktur sama dari segi dasar dan perlembagaan, yang melibatkan sistem pilihan raya dan juga perlembagaan institusi politik itu sendiri.

“Tanpa perubahan struktur ini, penyertaan wanita dalam politik dijangka akan kekal pada tahap yang sama. Malah, tidak mustahil satu dekad akan datang kita masih lagi membincangkan angka sekitar 13.5 peratus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula


“Apa yang membimbangkan ialah persepsi bahawa kekurangan calon wanita menjadi punca. Hakikatnya, berdasarkan data yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, apabila hanya sekitar 13 hingga 14 peratus calon wanita diketengahkan, kadar kemenangan mereka mencecah kira-kira 13 peratus.

“Ini menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat terhadap calon wanita bukanlah isu utama. Justeru, masalah sebenar terletak pada pendekatan yang masih bersifat sukarela dalam kalangan parti politik. Pendekatan ini perlu diubah kepada satu ketetapan yang termaktub dalam perlembagaan,” ujar beliau. – UMNO Online

Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker