Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida

SEGAMAT, 4 Mei – Usaha memperkukuh kefahaman, menyatukan suara dan memperkemaskan gerak kerja menjadi fokus utama dalam Mesyuarat Wanita dan Cawangan UMNO Temenggong yang berlangsung dengan jayanya.
Ketua Wanita Datuk Norshida Ibrahim berkata, mesyuarat yang diadakan dalam satu hari dengan pengisian berbeza itu bukan sekadar agenda tahunan, tetapi medan penting untuk memastikan ahli-ahli parti terus selari dari segi pemahaman dan hala tuju perjuangan.
“Ini adalah ruang terbaik untuk kita memperkukuh kefahaman dalam kalangan ahli, menyatukan suara di semua peringkat serta memperkemaskan gerak kerja agar lebih tersusun dan berkesan,” katanya.
Beliau menegaskan, kekuatan sesebuah organisasi politik bergantung kepada kejelasan arah serta kesepaduan tindakan di peringkat akar umbi, khususnya dalam mendepani cabaran semasa yang semakin kompleks.
“Apabila kefahaman itu jelas, suara kita akan lebih padu. Dan apabila suara itu bersatu, gerak kerja akan menjadi lebih tersusun serta mampu memberi impak yang lebih besar kepada parti dan masyarakat,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
Dalam konteks ulang tahun ke-80 UMNO, beliau berkata semangat kesatuan dan disiplin organisasi perlu terus diperkukuh agar parti kekal relevan sebagai wadah perjuangan rakyat dan ‘Rumah Bangsa’.
Ujarnya, kejayaan meraikan ulang tahun UMNO ke-80 melalui Konvensyen UMNO baru-baru ini menjadi simbol kebangkitan dan muhasabah perjuangan parti sejak sekian lama.
“Konvensyen 80 tahun itu memberi isyarat jelas bahawa UMNO bukan sahaja menilai sejarah perjuangan, tetapi turut memperbaharui tekad untuk terus kekal sebagai ‘Rumah Bangsa’ yang memperjuangkan rakyat,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau menambah bahawa seruan “kembali ke Rumah Bangsa” yang ditekankan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan parti membawa mesej yang lebih luas, iaitu mengajak semua pemimpin termasuk yang pernah bersama UMNO untuk kembali bersatu, mengelakkan perpecahan, serta memperkukuh semula kesatuan dalam kalangan orang Melayu serta rakyat secara keseluruhan.

“Seruan ini juga membawa makna supaya kita tidak terus berpecah, sebaliknya kembali kepada asas perjuangan, menguatkan semula kesatuan dan meletakkan kepentingan bersama di hadapan demi masa depan parti dan negara,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Berpasukan, Kebajikan Rakyat Teras Pentadbiran Pahang – Wan Rosdy
- Kerajaan Negeri Melaka Terus Perkukuh Dasar Berpaksikan Rakyat
- Kembali Ke Rumah Bangsa: Lagi Bekas Pemimpin Bersatu Sertai UMNO
Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula
Tambah beliau, semangat yang dizahirkan dalam konvensyen berkenaan wajar diterjemahkan di semua peringkat organisasi, termasuk di peringkat cawangan, agar gerak kerja parti lebih tersusun dan berimpak.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan mesyuarat berkenaan, termasuk Hajah Saimah Hussien dan Puan Hafizah selaku penyelaras Wanita Bahagian ke Wanita Cawangan, serta Cikgu Fatin sebagai wakil UMNO Bahagian ke peringkat cawangan.
“Komitmen semua pihak mencerminkan kesungguhan kita untuk terus memperkukuh organisasi dan memastikan perjuangan ini kekal utuh,” katanya lagi. – UMNO Online
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.