UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Alamin menjelaskan bahawa parti perlu terus melangkah ke hadapan dengan membina asas yang lebih kukuh demi memastikan kelangsungan perjuangan untuk generasi akan datang.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, legasi kepimpinan hari ini harus berani melakukan anjakan dengan menyediakan satu landasan yang jelas dan tersusun agar UMNO terus kekal serta dihormati.
“Kita harus melihat ke hadapan dan memastikan legasi kepimpinan hari ini melangkah dengan asas yang lebih kukuh. Satu landasan yang jelas amat penting agar generasi akan datang dapat meneruskan perjuangan parti.
“Kekuatan parti tidak hanya bergantung kepada sejarah, sebaliknya perlu dibina dengan struktur yang mantap, diibaratkan seperti sebuah binaan yang mempunyai pasak yang kuat, dinding yang kukuh dan atap yang tidak bocor.
“Yang penting, pasak dan landasan itu mesti dibina hari ini. Inilah tugas kepimpinan untuk menguruskan kejayaan sedia ada sebagai kekuatan parti selepas melalui pelbagai badai dan cabaran. Namun, cabaran tersebut tidak boleh menguasai kita; sebaliknya kita perlu terus bekerja untuk rakyat,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
Mohamad, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis, menyatakan hasrat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk memastikan parti terus bertahan sehingga mencapai usia 100 tahun. Justeru, kepimpinan hari ini memikul tanggungjawab besar untuk menyediakan asas tersebut..

“Kejayaan yang dikecapi perlu dijadikan pemangkin untuk memperkukuh parti agar mampu melangkah lebih jauh pada masa depan dengan lebih cemerlang, selain memastikan kesinambungan perjuangan diwarisi oleh generasi muda.
“Legasi kepimpinan yang diperkukuh hari ini bakal menjadi asas utama dalam memastikan UMNO terus stabil, kuat dan dihormati sebagai wadah perjuangan bangsa, dengan landasan yang jelas untuk jangka masa panjang,” katanya lagi.
Dalam masa sama, beliau menambah bahawa pendekatan ‘Rumah Bangsa’ serta sambutan luar biasa terhadap pendaftaran keahlian secara dalam talian merupakan petanda positif bahawa UMNO masih mempunyai kekuatan akar umbi yang kukuh, khususnya dalam kalangan anak muda.
“Ini jelas menunjukkan UMNO mempunyai kekuatan dan daya tarikan tersendiri. Pendekatan dan cara perlu terus diperbaiki agar anak muda kekal bersama parti dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanah air.
“Insya-Allah, UMNO akan terus diwarisi dengan kuat. Generasi muda perlu memikul tanggungjawab menjaga ‘Rumah Bangsa’ ini sebaik-baiknya agar orang Melayu dan Bumiputera terus mempunyai tempat bernaung pada masa hadapan,” ujarnya.
Pada Sabtu lalu, dalam sesi penggulungan Konvensyen 80 Tahun UMNO, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melahirkan keyakinan bahawa UMNO mampu terus mengharungi cabaran mendatang dan kembali mencapai kegemilangan berkat dokongan serta kejituan semangat seluruh ahli parti.
Beliau berkata perjalanan panjang UMNO sejak penubuhannya memperlihatkan ketahanan luar biasa dalam mendepani kitaran krisis yang berulang setiap dekad, termasuk kehilangan majoriti pada 2008 dan kekalahan besar dalam Pilihan Raya Umum 2018. – UMNO Online
UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
You must be logged in to post a comment.