BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk

BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk

BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pengumuman Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor memperluaskan bantuan kepada lebih ramai golongan penerima yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah berkata, pengumuman tersebut juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

“UMNO Johor menjunjung kasih titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor agar kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan tidak sesekali dipinggirkan dalam arus pembangunan negeri.

“UMNO Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pengumuman 22 inisiatif BKJ Fasa Keempat dengan peruntukan sebanyak RM138 juta demi kesejahteraan Bangsa Johor.

“Pengumuman ini bukan sahaja mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, malah memperlihatkan usaha serius untuk memperluaskan bantuan kepada lebih ramai golongan penerima yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang,” katanya menerusi satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja


Tambahnya, kejayaan Kerajaan Negeri Johor memperoleh hasil negeri mencecah RM1 bilion membolehkan ia diterjemah kepada manfaat sebenar melalui peluasan BKJ.

“UMNO Negeri Johor menzahirkan penghargaan terhadap keupayaan kepimpinan YAB Menteri Besar dalam memastikan peningkatan hasil negeri dapat dikembalikan semula kepada rakyat secara langsung melalui inisiatif yang menyentuh kehidupan seharian.

“Prestasi hasil negeri yang mencecah RM1 bilion setakat 30 April 2026 membuktikan bahawa Johor berada di landasan kukuh, dipacu oleh kepimpinan yang jelas hala tuju, berani membuat keputusan dan memberi keutamaan kepada kestabilan serta kemakmuran negeri.

“Lebih penting, kejayaan ini tidak terhenti pada angka semata-mata, sebaliknya diterjemahkan kepada manfaat sebenar melalui peluasan BKJ dan pelaksanaan program seperti Jualan Kasih Johor. Inilah bukti bahawa kepimpinan negeri hari ini tidak sekadar merancang, tetapi melaksana dengan berkesan demi rakyat,” katanya lagi.

Di samping itu, beliau berpandangan bahawa tindakan tersebut membuktikan Negeri Johor tidak berkompromi dalam soal kebajikan rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh


“UMNO Negeri Johor berpandangan bahawa pendekatan inklusif yang memberi perhatian kepada warga emas, suri rumah, golongan orang kurang upaya (OKU), anak yatim serta penjaja dan peniaga kecil adalah cerminan keprihatinan sebenar sebuah kerajaan yang memahami denyut nadi rakyat.

“Dalam suasana cabaran ekonomi semasa, tindakan Kerajaan Negeri ini membuktikan bahawa Johor tidak berkompromi dalam soal kebajikan rakyat, malah terus ke hadapan dengan dasar yang seimbang antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial.

“Sehubungan itu, UMNO Negeri Johor menyeru seluruh rakyat Johor untuk terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi agar kesinambungan kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan ini dapat diperkukuhkan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa Negeri Johor akan terus melangkah sebagai negeri contoh yang mengutamakan rakyat.

“UMNO Negeri Johor juga mengajak seluruh jentera parti untuk terus memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi, memastikan setiap inisiatif kerajaan dapat difahami, diterima dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

“UMNO Johor yakin bahawa dengan kepimpinan yang ada pada hari ini, Johor akan terus melangkah sebagai negeri contoh yang mengutamakan rakyat, berdaya saing dan stabil,” katanya lagi. – UMNO Online

BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker