Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Usaha mempertahankan UMNO di platform media sosial memerlukan keberanian, disiplin dan penggunaan kredibiliti secara bijaksana, tegas Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Datuk berkata, peranan jentera penerangan bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi menjadi benteng utama dalam mempertahankan parti daripada serangan dan persepsi negatif di ruang digital.
“Ketua Penerangan adalah orang kepercayaan kepada Ketua UMNO Bahagian. Amanah ini bukan kecil, kerana kita membawa suara parti dan memastikan naratif yang betul sampai kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sesi sembang santai sempena Program UMNO 80 Tahun: Politik Era Baharu (Digital) yang diadakan semalam.
Beliau menegaskan bahawa keberadaan di media sosial menuntut keberanian untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kritikan terbuka, namun ia tidak seharusnya melemahkan semangat perjuangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
“Kita jangan takut untuk melawan. Walaupun kita berjawatan secara lantikan, itu bukan alasan untuk berdiam diri. Selagi ada tenaga dan ruang, kita akan terus mempertahankan parti,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, kekuatan jentera penerangan terletak pada keupayaan mengimbangi fakta, emosi dan pendekatan yang matang dalam setiap penyampaian, khususnya dalam mendepani generasi muda yang aktif di platform digital.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pemimpin dan ahli parti untuk memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab selain tidak gentar menampilkan diri bagi mempertahankan perjuangan parti demi kesinambungan masa depan yang lebih kukuh. – UMNO Online
Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.