Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi

Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi

Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi

KUALA LUMPUR, 5 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pindaan Perlembagaan (JKPK) kali ke-5 bagi meneliti cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Ujarnya, mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada memperhalusi syor-syor yang telah dipersetujui sebelum ini, dengan matlamat untuk memuktamadkan cadangan dalam masa terdekat dan ia dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat JKPK terakhir yang dijadualkan berlangsung pada 18 Mei.

Menurut Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO, langkah ini merupakan usaha penting ke arah memperkukuh sistem keadilan negara.

“Cadangan ini adalah satu langkah penting ke arah sistem keadilan yang lebih telus dan berintegriti, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI kekal komited dalam memastikan proses pindaan ini dilaksanakan secara teliti, berprinsip serta berpaksikan Perlembagaan.

“Kerajaan MADANI akan memastikan setiap cadangan diteliti dengan sewajarnya demi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” tambah beliau lagi. – UMNO Online

Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker