Langkah Segera Dan Jangka Panjang Diambil Atasi Banjir Kilat – Rais

Langkah Segera Dan Jangka Panjang Diambil Atasi Banjir Kilat – Rais

Langkah Segera Dan Jangka Panjang Diambil Atasi Banjir Kilat – Rais

MELAKA, 7 Mei – Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata pelbagai langkah segera dan jangka panjang sedang dirangka bagi menangani isu banjir kilat yang sering berlaku di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Menurut beliau, lawatan bersama semua agensi berkaitan telah dilakukan ke beberapa lokasi hotspot banjir bagi melihat sendiri keadaan sebenar di lapangan selain membincangkan penyelesaian yang perlu disegerakan.

Katanya, di Taman Krubong Jaya antara tindakan yang dibincangkan ialah kerja pembersihan dan pendalaman kolam takungan banjir selain cadangan melebarkan serta mendalamkan ban Sungai Jeram.

“Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turut diminta meneliti keperluan meningkatkan kapasiti aliran air bagi mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan terbabit,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik


Beliau turut memaklumkan bahawa di Kampung Ladang, perhatian diberikan kepada cadangan menaiktaraf longkang di jalan utama dari Kampung Ladang ke Krubong Jaya selain usaha meninggikan aras jalan.

“Pihak CMI Infra turut bersama dalam lawatan ini bagi melihat sendiri kerja-kerja pembersihan longkang yang perlu dilaksanakan,” ujarnya.

Sementara itu, di Kampung Sungai Badau, beliau berkata keperluan pembersihan parit secara lebih kerap turut dibincangkan bagi memastikan aliran air lebih lancar selain mengkaji cadangan meninggikan jalan kampung bersama Pejabat Daerah dan JPS.

Mengulas isu jambatan runtuh di kawasan berkenaan, beliau berkata jambatan itu terletak di atas tanah persendirian dan telah dibina hampir 30 tahun lalu oleh pemilik tanah.

“Perbincangan masih berjalan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah, JPS dan tuan tanah bagi mendapatkan persetujuan serta kebenaran membina semula jambatan tersebut. Buat masa ini laluan berkenaan ditutup demi keselamatan orang ramai,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida


Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan cadangan meluruskan jajaran anak Sungai Paya Rumput sedang diteliti bagi memastikan aliran air lebih lancar serta mampu menampung kapasiti air ketika hujan lebat sekali gus mengurangkan risiko banjir kilat dan hakisan tanah.

Beliau berkata semua agensi berkaitan diminta mengambil serius aduan penduduk serta mempercepatkan cadangan pelan tindakan supaya masalah banjir kilat di kawasan terbabit dapat ditangani secara lebih terancang dan berkesan pada masa hadapan. – UMNO Online

Langkah Segera Dan Jangka Panjang Diambil Atasi Banjir Kilat – Rais

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker