Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan

Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan

Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan

KUALA LUMPUR, 6 Mei – UMNO Sabah menyifatkan parti itu sedang meneruskan fasa kebangkitan, dengan peningkatan sokongan rakyat yang dilihat semakin ketara kebelakangan ini.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi, berkata gelombang kebangkitan itu bukan sahaja berlaku di peringkat nasional, malah akan turut memberi impak terus kepada Sabah.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Keningau merangkap ADUN Liawan berkata demikian mengulas berkaitan kejayaan pelaksanaan Konvensyen 80 Tahun UMNO yang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lalu.

“Kita nampak dengan kehadiran orang ramai ini begitu meriah menggambarkan bagaimana UMNO itu akan bangkit pada PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata, momentum tersebut menjadi petunjuk bahawa UMNO masih mempunyai kekuatan untuk kembali menjadi parti dominan dalam landskap politik negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida


“Insya-Allah dengan kerjasama semua ahli-ahli UMNO maka parti ini akan kembali dominan dan akan bawa gelombang kebangkitan itu ke negeri Sabah,” jelasnya.

Menurutnya, UMNO Sabah kini turut berada dalam kerajaan negeri dan hubungan kerjasama yang baik bersama pentadbiran sedia ada perlu dimanfaatkan bagi meneruskan agenda membela rakyat.

Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan

Dalam pada itu, beliau yang juga menegaskan pengalaman lalu ketika UMNO menjadi kerajaan mahupun ketika kalah perlu dijadikan pengajaran untuk memperkukuh parti.

“Kali ini ambillah peluang ini sebaik-baiknya supaya kita tidak menggadaikan masa depan kita demi anak cucu sebaliknya sama-sama bersatu padu dan berpegang untuk mengangkat martabat parti,” katanya.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa UMNO akan terus relevan dan kembali memainkan peranan utama dalam kerajaan sekiranya kesatuan parti terus diperkukuhkan. – UMNO Online

Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker