Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa UMNO bersikap realis dan tidak retorik seperti Pas terutamanya dalam isu Dasar Pendidikan Bumiputera.
Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau memaklumkan bahawa isu Dasar Pendidikan Bumiputera wajar dibincangkan secara akademik, manakala ulasan berunsur politik dan retorik tidak perlu dijadikan sandaran.
“Apabila Profesor Emeritus Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali membangkitkan kenapa tidak ada Dasar Pendidikan Bumiputra, jawapan Perdana Menteri (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ia tidak perlu. Prof Noor Azlan membangkitkan isu tersebut di Kongres Pendidikan Bumiputra 2026 anjuran UMNO.
“PMX pula memberi komen terhadap isu itu di Majlis Expo MARA 60 Tahun. Pada ketika itu berlangsung juga Expo FELCRA dan FELDA. Kesemua itu adalah hasil perjuangan UMNO.
“Tan Sri Azlan adalah tokoh akademik. Beliau bekas Naib Canselor UKM. Maka kita perlu berhujah secara akademik adakah Dasar Pendidikan Bumiputra diperlukan? Kita tidak perlu jawapan politik dan retorik seperti Fadhli Shaari, Ketua Penerangan Pas, katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, Kongres Pendidikan Bumiputera yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80 adalah untuk menilai dasar kejayaan dan mengemukakan tawaran baharu.

“UMNO tidak bermain sejarah semata-mata. Perjuangan UMNO telah melahirkan MARA, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Matrikulasi.
“Sebab itu UMNO menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputra yang bertujuan menilai dasar dan kejayaan sedia ada dan seterusnya mengemukakan tawaran baharu (new deal) untuk memperkasa pendidikan bumiputra.
“Itu termasuk mengarus perdanakan pendidikan tahfiz, menubuhkan Majlis Pendidikan Tahfiz, menubuhkan Suruhanjaya TVET, memperkasa STEM dan Wakaf Pendidikan Melayu. Semua itu berkaitan dengan agenda pendidikan bumiputra,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau turut menegaskan bahawa UMNO tidak bergantung kepada dasar berstruktur untuk menjayakan agenda pendidikan bumiputera.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
“Kehadiran ramai tokoh ilmuwan dan profesional membentangkan kertas kerja membuktikan mereka ada keyakinan terhadap kesungguhan politik, keberanian dan kejujuran politik UMNO untuk merealisasikan agenda pendidikan bumiputera.
“UMNO tidak bergantung pada dasar berstruktur untuk menjayakan agenda pendidikan bumiputera. Apa yang penting laksanakan selagi ada kuasa. UMNO parti realis bukan retorik macam Pas,” katanya lagi. – UMNO Online
Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
You must be logged in to post a comment.