Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri

KANGAR, 6 Mei – Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathulbari Mat Jahya, mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Perlis susulan titah Tuanku Syed Sirajuddin yang menggariskan aspirasi menjadikan negeri itu sebagai “Dubai Kedua”.
Beliau berkata, titah berkenaan bukan sekadar kenyataan biasa, sebaliknya perlu diterjemahkan segera kepada pelan tindakan pembangunan yang konkrit dan berimpak tinggi.
“Titah DYMM Tuanku Raja Perlis mengenai aspirasi ‘Perlis Dubai Kedua’ bukan kenyataan biasa yang boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Saya agak ralat apabila sehingga hari ini masih belum kelihatan kesungguhan kerajaan negeri untuk menyambut, membahaskan dan menterjemahkan titah tersebut sebagai agenda besar pembangunan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kerajaan negeri sepatutnya bertindak pantas dengan menubuhkan jawatankuasa khas melibatkan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi, pemain industri, sektor logistik dan pelaburan.
“Sepatutnya respon segera diberikan dengan penubuhan jawatankuasa khas melibatkan kerajaan negeri, pemain industri, pakar ekonomi, logistik, pelaburan dan perancang pembangunan. Titah besar seperti ini tidak boleh hanya dipetik dalam berita, tetapi mesti diterjemahkan kepada pelan tindakan, kajian strategik dan hala tuju ekonomi negeri secara serius,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Fathulbari menjelaskan bahawa aspirasi tersebut tidak bermaksud menukar Perlis secara fizikal menjadi seperti Dubai, sebaliknya mencontohi model pembangunan dan keberanian visinya.
Beliau menarik perhatian bahawa Dubai bukan negeri paling kaya minyak dalam United Arab Emirates, namun berjaya menjadi pusat ekonomi dunia melalui sektor perdagangan, logistik, penerbangan, kewangan dan pelancongan.
Dalam masa sama, beliau turut mengimbau pendekatan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Dasar Pandang Ke Timur sebagai contoh keberanian dalam mengubah cara fikir bagi memacu pembangunan negara.
“Semangat itulah yang perlu ada di Perlis hari ini; berani berfikir besar walaupun negeri ini kecil,” katanya.
Mengulas potensi negeri itu, beliau berkata Perlis mempunyai asas strategik yang kukuh termasuk pembangunan Pelabuhan Darat Perlis, Chuping Valley Industrial Area, jaringan rel kargo, kedudukan sempadan ASEAN serta potensi tenaga hijau.
Selain itu, cadangan pembangunan Port Sanglang dan potensi minyak serta gas di perairan negeri yang sedang dikaji oleh Petronas turut dilihat sebagai pemangkin ekonomi.
“Semua ini bukan lagi angan-angan kosong. Persoalannya sekarang, adakah kerajaan negeri benar-benar mempunyai keberanian politik dan kepantasan untuk menyambut titah besar DYMM Tuanku itu, atau sekadar membiarkannya tinggal sebagai slogan tanpa tindakan?” katanya lagi. – UMNO Online
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
You must be logged in to post a comment.