Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan

Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Peguam memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Melepaskan Tanpa Membebaskan (DNAA) dalam kes Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal menjadi perbincangan penting berkenaan kedudukan kuasa Peguam Negara menurut Perlembagaan Persekutuan.
Isu mengenai kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan sering kali menjadi tumpuan apabila melibatkan kes-kes profil tinggi. Untuk memahami konteks keputusan Discharge Not Amounting to an Acquittal (DNAA) dalam kes Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, kita perlu meneliti kerangka perundangan yang memberi punca kuasa tersebut serta batas-batas semakan kehakiman.
Di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai kuasa budi bicara untuk memulakan, menjalankan, atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.
Perkara 145(3) menyebut:
Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.
Tindakan memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara boleh dilihat sebagai satu langkah yang mencabar prerogatif perlembagaan.
Apabila sesuatu keputusan dibuat berdasarkan representasi pembelaan yang kuat atau penemuan bukti baharu (seperti dalam kes Yayasan Akalbudi di mana terdapat isu mengenai siasatan SPRM), Peguam Negara bertindak atas kapasiti sebagai Dominus Litis (tuan punya tindakan undang-undang).
Jika semakan kehakiman dilakukan semata-mata untuk mencabar kestabilan politik atau semata-mata kerana kes melibatkan Presiden sesebuah parti seperti UMNO, ia boleh dianggap sebagai satu bentuk penyalahgunaan proses mahkamah (abuse of court process)
Pengamal undang-undang sedia maklum bahawa mencabar budi bicara Peguam Negara secara keterlaluan boleh menyebabkan ketidakpastian dalam sistem keadilan jenayah, di mana keputusan eksekutif sentiasa terdedah kepada gangguan pihak ketiga yang mempunyai agenda tersendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri

Adalah penting bagi ahli parti dan rakyat keseluruhannya untuk memahami bahawa kedaulatan undang-undang (Rule of Law) bermaksud menghormati kuasa yang telah diberikan oleh Perlembagaan kepada pemegang jawatan tertentu, termasuklah Peguam Negara.
Mempertikaikan keputusan Peguam Negara tanpa asas perundangan yang kukuh, sebaliknya didorong oleh sentimen lain, hanya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.
Kesetiaan kepada Perlembagaan menuntut kita untuk menerima bahawa Peguam Negara mempunyai akses kepada maklumat dan kertas siasatan yang tidak dimiliki oleh orang awam atau organisasi luar, justeru keputusan beliau harus dilihat dalam kerangka keadilan profesional, bukan naratif politik ataupun pandangan lain yang mencabar kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.
Keputusan ini hanyalah untuk memberi kebenaran untuk kes dibawa ke mahkamah (Leave of the Court), belum lagi melibatkan isu utama. Walau bagaimanapun keputusan ini sudah dijangka melihat kepada kes ini adalah suatu kes yang melibatkan isu baharu, belum diputuskan, kes jarang berlaku dan luar biasa dan ia mewajarkan satu pendengaran semakan kehakiman menurut undang-undang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
Perlu diingat juga, keputusan Mahkamah Rayuan ini hanyalah membenarkan Majlis Peguam memfailkan semakan, bukannya memutuskan bahawa keputusan Peguam Negara itu salah, bukan juga membatalkan keputusan DNAA, jauh sekali untuk memutuskan bahawa Presiden UMNO sabit dan bersalah.

NIK SAIFUL ADLI BURHAN
Pengamal Undang-undang
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Harap Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara Mampu Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Langkah Segera Dan Jangka Panjang Diambil Atasi Banjir Kilat – Rais
- Tanah Anugerah… Rakyat Tuntut Penjelasan Isu Mahligai Sanusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor
You must be logged in to post a comment.