Johor Bukan Medan Eksperimen Politik, BN Yakin Rakyat Pilih Kestabilan – Md Israk
Johor Bukan Medan Eksperimen Politik, BN Yakin Rakyat Pilih Kestabilan – Md Israk
JOHOR BAHRU, 1 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan negeri itu tidak boleh dijadikan medan eksperimen politik oleh mana-mana pihak kerana rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berpengalaman dan memahami keperluan Bangsa Johor.
Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah berkata, walaupun setiap parti mempunyai hak untuk menawarkan diri mentadbir negeri dalam sistem demokrasi, rakyat Johor perlu menilai rekod dan kemampuan sebenar mereka dalam memastikan kestabilan serta kemajuan negeri.
Menurut beliau, pembangunan yang dinikmati Johor hari ini bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil daripada kestabilan politik, kepimpinan tersusun dan pentadbiran yang memberi fokus kepada pembangunan serta kebajikan rakyat.
“Bangsa Johor tidak mudah terpengaruh dengan slogan atau retorik politik yang sering muncul menjelang pilihan raya. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang telah terbukti bekerja, konsisten membantu rakyat dan mempunyai hala tuju yang jelas untuk masa depan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MUBARAK Bidas Tony Pua, Perlu Faham Kedaulatan Raja-Raja Melayu Dan Perlembagaan Negara
- Krisis Politik Negeri Sembilan: Kapal Negeri Sudah Senget, Nakhoda Masih Menafikan Ombak
- Naib Ketua UMNO Paya Besar Meninggal Dunia, Ahmad Zahid Rakam Takziah
Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh
Beliau turut menegaskan bahawa ketika rakyat berdepan cabaran kos sara hidup dan ekonomi, kerajaan negeri terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat, menarik pelaburan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Md Israk berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar pertandingan slogan atau kempen politik, sebaliknya medan untuk rakyat menilai pihak yang benar-benar mampu mentadbir dan berkhidmat kepada negeri.
Dalam masa sama, beliau turut menggesa pihak yang berhasrat mentadbir Johor agar terlebih dahulu menyelesaikan isu dalaman parti dan pelbagai masalah pentadbiran di negeri-negeri yang mereka terajui sebelum menawarkan diri sebagai alternatif kepada rakyat Johor.
Katanya, BN Johor akan terus berpegang kepada prinsip kestabilan, kesederhanaan dan khidmat kepada rakyat sebagai asas utama dalam memastikan negeri itu terus maju dan makmur.
“Johor kekal dengan caranya yang tersendiri. Johor memerlukan kestabilan dan kesinambungan pentadbiran demi memastikan agenda pembangunan serta kesejahteraan rakyat terus diperkasakan,” katanya. – UMNO Online
Johor Bukan Medan Eksperimen Politik, BN Yakin Rakyat Pilih Kestabilan – Md Israk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa
- Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah
- Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan
You must be logged in to post a comment.