Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan

Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan

Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan

“Alhamdulillah, hari ini genap 52 tahun penubuhan BN, sebuah gabungan politik yang lahir daripada semangat persefahaman, kesederhanaan dan kesediaan untuk membina negara melalui kerjasama pelbagai kaum serta latar belakang.

“Sepanjang lebih lima dekad, BN telah melalui pelbagai fasa perjuangan. Ada ketika memimpin negara dalam era pertumbuhan dan pembangunan, ada ketika berdepan cabaran serta ujian yang mengajar erti ketabahan dan muhasabah. Namun satu perkara yang tidak pernah berubah ialah komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mempertahankan kestabilan negara.

“Dalam landskap dunia yang semakin kompleks, rakyat mahukan politik yang matang, kepimpinan yang bertanggungjawab serta penyelesaian yang mampu menjawab cabaran semasa. BN mesti terus bergerak ke hadapan dengan semangat pembaharuan, berpaksikan pengalaman dan sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan tuntutan masa depan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak menjayakan dan setia mendukung perjuangan parti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johari Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Di MRT APEC 2026


“Sebagai Pengerusi BN, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pimpinan, ahli, jentera dan penyokong yang terus setia mendukung perjuangan ini. Kesetiaan, pengorbanan dan keyakinan saudara-saudari semua menjadi kekuatan yang menggerakkan Barisan Nasional hingga ke hari ini.

“Percayalah, perjalanan di hadapan tidak akan sentiasa mudah. Kita akan berdepan pelbagai medan sehingga medan terbesar Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.

“Namun saya yakin, selagi kita teguh bersatu, setia kepada perjuangan, memahami denyut nadi rakyat serta terus bekerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab, Insya-Allah, BN akan terus kekal relevan, mendapat kepercayaan rakyat serta kembali memperoleh mandat yang lebih kukuh pada masa hadapan.

“Selamat Ulang Tahun Barisan Nasional ke-52. Hidup Barisan Nasional!” katanya lagi. – UMNO Online

Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker