BN Johor Tanding 56 Kerusi Strategi Politik, Bukan Pengkhianatan

BN Johor Tanding 56 Kerusi Strategi Politik, Bukan Pengkhianatan

BN Johor Tanding 56 Kerusi Strategi Politik, Bukan Pengkhianatan

SEGAMAT, 22 Mei — Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan pendirian untuk bersedia bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang demi mempertahankan mandat rakyat serta memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara.

Pengerusi BN Parlimen Segamat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip berkata, langkah tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya merupakan hak setiap parti politik untuk menyusun strategi dan membuat persediaan menghadapi pilihan raya.

Menurut beliau, kenyataan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengenai kesiapsiagaan BN bertanding di semua kerusi hanyalah usaha untuk memastikan kesinambungan pentadbiran negeri yang stabil dan berkesan.

“Menyusun strategi politik bukan satu pengkhianatan. Setiap parti mempunyai hak untuk membuat persediaan dan menawarkan kepimpinan terbaik kepada rakyat,” katanya mengulas berkaitan hal terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail


Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinan BN hari ini berdiri atas mandat jelas yang diberikan rakyat menerusi Pilihan Raya Negeri Johor 2022, dengan rakyat memilih kestabilan politik dan kepimpinan yang memberi fokus kepada pembangunan negeri.

Tambahnya, pendekatan pentadbiran diterajui golongan muda di Johor wajar dilihat sebagai satu pembaharuan yang lebih segar, aktif serta berorientasikan penyelesaian masalah rakyat.

Katanya lagi, pelaksanaan Agenda Maju Johor telah membuktikan keberkesanan kepimpinan kerajaan negeri apabila Johor terus mencatat pelbagai pencapaian dalam pembangunan ekonomi, peningkatan hasil negeri serta pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan rakyat.
BN Johor Tanding 56 Kerusi Strategi Politik, Bukan Pengkhianatan

“Semua ini bukan berlaku secara kebetulan. Ia lahir daripada kestabilan politik, kesepaduan pentadbiran serta kepimpinan kerajaan negeri yang fokus bekerja untuk rakyat, bukannya sibuk bermain politik sepanjang masa,” katanya.

Dalam pada itu, Zahari berkata BN Johor mahu memastikan negeri itu tidak kembali berdepan ketidaktentuan politik dan perebutan kuasa yang boleh menjejaskan pembangunan serta kepentingan rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Warisan Dato’ Onn dan Seruan Baharu Penyatuan Bangsa


“BN Johor hanya mahu mempertahankan serta meneruskan mandat kepimpinan Kerajaan Negeri yang telah dipilih rakyat pada hari ini demi memastikan kestabilan, momentum pembangunan dan Agenda Maju Johor dapat diteruskan dengan lebih kukuh pada penggal akan datang,” katanya. – UMNO Online

BN Johor Tanding 56 Kerusi Strategi Politik, Bukan Pengkhianatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khidmat Bakti Diteruskan, Youzaimi Turun Padang Santuni Warga Mersing

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker