UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail
UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Mohd Yusla Ismail menegaskan bahawa usaha untuk menguburkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) hanyalah angan-angan politik pihak tertentu.
Katanya, walaupun UMNO/BN berdepan pelbagai serangan, fitnah dan percubaan melemahkan kekuatannya, namun tetap terus bertahan kerana kekuatan sebenar parti itu lahir daripada kesetiaan ahli dan jentera di peringkat akar umbi serta rakyat.
“Bukan mudah untuk menguburkan UMNO/BN kerana parti ini adalah parti keramat yang telah lama berakar dalam jiwa rakyat serta memiliki akar umbi yang kukuh di seluruh negara.
“Walaupun pelbagai serangan, fitnah dan cubaan melemahkan parti dilakukan sejak sekian lama, UMNO/BN tetap berdiri teguh kerana kekuatannya terletak pada kesetiaan ahli, jentera di peringkat akar umbi dan sokongan rakyat yang memahami peranan sebenar parti itu dalam membangunkan negara.
“Kekuatan UMNO/BN tidak hanya bergantung kepada pemimpin semata-mata, tetapi lahir daripada semangat perjuangan yang terus hidup dalam kalangan ahli dan pendukungnya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
- Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
- UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka
Mohd Yusla turut menyindir pihak tertentu yang ghairah bercakap soal mahu menguburkan UMNO/BN sedangkan realitinya wakil rakyat daripada Parti Amanah Negara sendiri hanya mempunyai satu kerusi di DUN Johor.

“Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai sebelum ini, seluruh kekuatan UMNO dan BN digerakkan habis-habisan bagi membantu kemenangan calon kerajaan.
“UMNO/BN tidak pernah berkira soal tenaga, gerak kerja mahupun pengorbanan demi membantu rakan politik dan memastikan kerajaan terus stabil.
“Jadi janganlah ada pihak yang mudah lupa diri dan cuba memandang rendah kekuatan serta jasa UMNO/BN sedangkan banyak kemenangan hari ini turut disumbangkan oleh pengorbanan akar umbi UMNO sendiri,” katanya lagi.
Seterusnya kata beliau lagi, sejak BN memenangi PRN lalu dan Menteri Besar merangkap Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi konsisten bekerja keras demi memastikan kebajikan rakyat terus terbela serta pembangunan negeri berjalan lancar tanpa gangguan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
“Pendekatan mesra rakyat itu turut diterjemahkan oleh semua wakil rakyat UMNO/BN yang sentiasa membantu, menyantuni dan menyelesaikan pelbagai isu masyarakat tanpa mengira fahaman politik.
“Malah, kestabilan politik yang dinikmati Johor hari ini dilihat menjadi bukti jelas bahawa kerajaan yang kukuh dan stabil adalah kunci utama kepada kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.
“Selaku ADUN BN menyokong penuh kenyataan beliau (Onn Hafiz) untuk bertanding di kesemua 56 kerusi DUN Johor,” jelasnya.
Dalam masa sama, kata Mohd Yusla lagi, kejayaan BN membuktikan parti itu mempunyai kekuatan tersendiri apabila berjaya membentuk kerajaan secara solo tanpa sebarang kerjasama politik dengan mana-mana parti lain.
“Kerajaan Johor hari ini merupakan kerajaan BN dan bukannya kerajaan perpaduan seperti di peringkat Persekutuan. Jadi tidak ada masalah untuk BN terus bergerak solo kerana kekuatan parti itu sememangnya datang daripada sokongan akar umbi dan keyakinan rakyat, tegasnya. – UMNO Online
UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Sebarang Tindakan Halang Tugas Media Tidak Wajar Berlaku’ – Aznan
- Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu
- UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.