Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak

SHAH ALAM, 19 Mei — UMNO Negeri Selangor menjunjung kasih atas kenyataan rasmi dan seruan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menyeru seluruh rakyat agar menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta memelihara adab dan penghormatan terhadap Institusi Raja.
Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Zaidi Md Zain berkata, seruan baginda wajar dijadikan pedoman oleh semua pihak tanpa mengira latar politik demi memastikan keharmonian dan perpaduan negeri terus dipelihara.
“Seruan Baginda bukan sahaja menjadi peringatan kepada individu tertentu, malah wajar dijadikan pedoman oleh semua pihak tanpa mengira latar politik demi memastikan keharmonian dan perpaduan negeri terus dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
Beliau berkata, Rukun Negara lahir daripada sejarah pahit negara dan dibentuk sebagai asas penyatuan rakyat Malaysia, justeru prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya tidak boleh dipandang ringan atau dijadikan bahan pertikaian politik sempit.
“Perbezaan pandangan dalam demokrasi mesti disampaikan dengan tertib, beradab dan menghormati asas kenegaraan yang menjadi tunjang kestabilan negara, termasuk kedaulatan Institusi Raja,” katanya lagi.
Menurut beliau, UMNO Selangor turut menyeru seluruh rakyat khususnya generasi muda untuk bersama-sama menghayati semangat Rukun Negara, memelihara kesopanan dan memperkukuhkan perpaduan demi masa depan negeri dan negara.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam kenyataan media yang dikeluarkan menyarankan semua pihak termasuk generasi baharu, dapat membaca dan menghayati prinsip-prinsip asas Rukun Negara yang menjadi teras utama kepada perpaduan rakyat Malaysia.
Baginda juga bertitah khusus supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wong Siew Ki serta bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew datang sendiri ke Dataran Selangor bagi membaca dan memahami kandungan Rukun Negara yang dipaparkan pada Plak Monumen Rukun Negara. – UMNO Online
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.