Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Timbalan Ketua UMNO Sri Gading, Datuk Najib Samuri menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian UMNO Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani berkata, keputusan yang diumumkan kepimpinan negeri itu membuktikan kesungguhan serta tanggungjawab UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor dalam meneruskan mandat pentadbiran negeri sekiranya terus diberikan kepercayaan rakyat.
Menurut beliau, komitmen tersebut juga dilihat penting bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri dapat diteruskan seiring agenda Johor Maju 2030, selain menjamin kemampanan ekonomi dan pelaburan negeri pada masa akan datang.
Najib berkata sepanjang hampir satu penggal pentadbiran UMNO dan BN di Johor, pelbagai pencapaian berjaya direkodkan termasuk pelaksanaan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat seperti Bantuan Kasih Johor (BKJ) dan Jualan Kasih Johor (JKJ).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
Beliau turut menyifatkan pencapaian pelaburan berjumlah RM110 bilion pada tahun 2025 sebagai satu kejayaan besar yang mencatat rekod tertinggi dalam sejarah negara.
Pada masa sama, beliau menegaskan keputusan untuk bertanding secara solo bukan didorong sikap tamak kuasa atau menolak kerjasama politik dengan mana-mana pihak, sebaliknya bagi menghormati mandat yang diberikan rakyat Johor pada PRN Mac 2022 lalu.
“Rakyat Johor mahukan kestabilan politik yang asli, dibina dengan mandat jelas dan bukan dibayangi politik penuh kepura-puraan,” katanya.
Beliau turut berpandangan landskap politik nasional ketika ini menunjukkan situasi yang tidak menentu, termasuk beberapa isu yang menyaksikan perbezaan pendapat dalam kalangan blok kerajaan sehingga mengganggu fokus terhadap agenda pembangunan negara dan kebajikan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
Jelas beliau, kestabilan politik sebenar bukan sekadar dibina atas nama perpaduan, sebaliknya perlu berteraskan kesefahaman, keikhlasan, toleransi serta pegangan ideologi yang jelas dalam mempertahankan agama, bangsa dan institusi Raja-Raja Melayu.
Katanya, pendekatan itu diyakini mampu menjadi tawaran terbaik UMNO dan BN Johor demi masa depan Bangsa Johor pada masa hadapan.- UMNO Online
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.