Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi

Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi

Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Pemuda UMNO Pulau Pinang menyatakan pendirian tegas dalam mempertahankan kesucian agama Islam serta membantah sebarang kenyataan yang dikaitkan dengan penghinaan ke atas para Sahabat Nabi SAW.

Rentetan itu Ketuanya, Mohd Hilmi Elias dan beberapa Pemuda UMNO membuat laporan polis sebagai bantahan terhadap kenyataan kontroversi Setiausaha Majlis Syura Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu ceramah di Terengganu baru-baru ini.

“Kami menyatakan pendirian tegas dalam mempertahankan kesucian agama Islam serta membantah kenyataan yang dikaitkan dengan isu melibatkan Dr Nik Muhammad Zawawi yang telah menimbulkan keresahan dan sensitiviti dalam kalangan umat Islam.

“Tindakan ini bukan bertujuan mencetuskan kebencian, sebaliknya sebagai tanda solidariti dan tanggungjawab mempertahankan kemuliaan para Sahabat Nabi SAW daripada sebarang bentuk penghinaan atau fitnah.

“Terima kasih kepada semua pihak dan badan bukan kerajaan yang bersama-sama hadir memberikan sokongan demi menjaga keharmonian serta kesucian agama Islam di negara ini,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman


Sementara itu, Pemuda UMNO Negeri Kedah turut menegaskan bahawa isu berkaitan akidah dan kesucian agama tidak sepatutnya dipolitik atau dijadikan bahan polemik murahan demi kepentingan pihak tertentu.

Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi

Menurut Ketua Penerangannya, Mohd Safwan Jaafar ini kerana umat Islam diajar untuk menghormati seluruh sahabat Rasulullah SAW yang telah berjuang mempertahankan Islam, menyebarkan dakwah serta menjadi golongan yang paling hampir dengan Baginda.

“Sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan penghinaan, kekeliruan atau perpecahan terhadap para sahabat Nabi adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana pihak, lebih-lebih lagi seorang pemimpin politik.

“Justeru, Pemuda UMNO Negeri Kedah mendesak agar penjelasan terbuka dan permohonan maaf dibuat kepada seluruh umat Islam sekiranya benar berlaku kenyataan yang menyinggung perasaan umat Islam berkaitan para sahabat Rasulullah SAW.

“Dalam masa yang sama, kami menyeru seluruh rakyat agar terus berpegang kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah, menghormati para ulama dan sahabat Nabi serta tidak terpengaruh dengan naratif yang boleh menggugat keharmonian umat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa


“Pemuda UMNO Negeri Kedah akan terus mempertahankan kesucian agama Islam serta menolak sebarang bentuk penghinaan terhadap institusi agama dan tokoh-tokoh agung Islam,” ujar beliau.

Terdahulu, tular petikan ucapan Dr Nik Muhammad Zawawi yang menyentuh tentang sahabat Rasulullah SAW yang menggambarkan Sayidina Abu Bakar sebagai ‘bapa ceti’ kerana dikatakan gemar memberi pinjaman kepada orang ramai serta menekan golongan miskin, manakala Sayidina Umar pula digambarkan sebagai berperwatakan keras dan ganas.

Difahamkan, kenyataan tersebut disampaikan ketika sebuah program ceramah politik yang berlangsung di Kuala Terengganu pada hujung minggu lalu. – UMNO Online

Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker