Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan

BEAUFORT, 14 Mei – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan pentingnya pengukuhan parti di semua peringkat akar umbi sebagai teras utama dalam memastikan kelangsungan perjuangan UMNO, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Beliau menekankan bahawa kekuatan UMNO selama lebih 80 tahun banyak bergantung kepada semangat perpaduan, keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman serta ketahanan menghadapi cabaran politik moden yang semakin terbuka dan kompetitif.
“Perjuangan UMNO selama 80 tahun ini boleh dilihat melalui kekuatan organisasi akar umbi yang kukuh, kesediaan kita menyesuaikan diri dengan pembaharuan zaman, serta keteguhan dalam mempertahankan relevansi parti dalam landskap politik semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan persidangan berkelompok cawangan-cawangan dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Aru, yang menghimpunkan pemimpin akar umbi bagi memperkukuh gerak kerja parti di peringkat tempatan, baru-baru ini.
Dalam kesempatan ini, Awang Aslee turut menyambut baik konsep “Rumah Bangsa” malah menekankan bahawa ia perlu dimanfaatkan sebagai platform penyatuan semua lapisan dalam parti, termasuk veteran, wanita, golongan profesional muda dan belia, agar perjuangan UMNO kekal inklusif dan tidak terpisah antara generasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TVET Jadi Kunci Malaysia Terajui Industri EV Dan Tenaga Baharu — Ahmad Zahid
- Program Ekonomi MADANI ATM Fokus Pembangunan Sosio-Ekonomi Keluarga Tentera
- Ahmad Zahid Hargai Dedikasi Jururawat, Penggerak Utama Penjagaan Kesihatan Negara
Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman
Menurutnya, Rumah Bangsa juga perlu berkembang menjadi pusat pemikiran moden yang memanfaatkan teknologi digital, data serta komunikasi strategik dalam mendekati pengundi, khususnya generasi muda yang semakin kritikal terhadap isu ketelusan, kecekapan dan penyelesaian praktikal.
“Generasi muda hari ini menilai politik berdasarkan kejujuran, keberkesanan dan tindakan nyata. Justeru, UMNO perlu tampil lebih segar, menggunakan pendekatan digital dan komunikasi yang lebih dekat dengan mereka,” ujarnya.
Menyentuh persediaan menghadapi PRU16, beliau menekankan kepentingan kerja berpasukan yang tersusun di semua peringkat, khususnya dalam usaha mendekati pengundi muda dan memperkukuh sokongan di kawasan akar umbi.
Beliau turut mengingatkan semua pemimpin dan jentera parti agar sentiasa setia dan akur kepada kepimpinan parti khususnya di peringkat pusat, termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Disiplin organisasi adalah kunci kekuatan kita. Kita mesti bergerak sebagai satu pasukan, dengan jentera yang kukuh di setiap cawangan dan PDM,” tegasnya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa

Tambah beliau, kesiapsiagaan jentera di peringkat akar umbi merupakan faktor penentu dalam memastikan UMNO terus relevan dan dominan dalam landskap politik negara yang semakin mencabar.
Dalam pada itu, Awang Aslee turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan serta ahli parti yang hadir dan menjayakan majlis perasmian tersebut.
“Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada kepimpinan Bahagian, ahli jawatankuasa Bahagian UMNO Beaufort, ketua-ketua cawangan empat peringkat serta seluruh ahli cawangan yang turut hadir dalam perasmian persidangan ini,” katanya.
Beliau berkata, kehadiran dan komitmen semua pihak membuktikan semangat perjuangan serta kesatuan dalam kalangan ahli UMNO Beaufort terus kukuh demi memastikan parti kekal relevan dan diyakini rakyat. – UMNO Online
Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
You must be logged in to post a comment.