UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia

KUALA LUMPUT, 11 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan perjalanan UMNO sepanjang 80 tahun sebagai bukti keteguhan menjadi wadah perjuangan bangsa, agama dan negara sejak penubuhannya.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata menempuhi tempoh itu UMNO terus memainkan peranan penting dalam meneruskan legasi perjuangan yang diwariskan generasi terdahulu.
“80 tahun UMNO telah berdiri sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan negara.
“Daripada generasi terdahulu hinggalah ke hari ini, perjuangan ini diteruskan dengan semangat Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat demi rakyat dan tanah air tercinta,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurut beliau, dalam mendepani cabaran semasa yang semakin kompleks, UMNO turut mengambil langkah proaktif dengan menyesuaikan pendekatan baharu agar terus relevan, khususnya melalui usaha memperkukuh komunikasi digital.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
Tambah beliau, pendekatan tersebut mencerminkan kesediaan parti untuk terus berubah seiring perkembangan zaman tanpa mengabaikan asas perjuangan yang menjadi tunjang kekuatan UMNO sejak sekian lama.
“Dalam mendepani cabaran semasa, UMNO juga terus mengorak langkah dengan pendekatan baharu termasuk memperkukuh komunikasi digital, membangunkan Sekolah Digital dan mendekati generasi muda melalui platform yang lebih segar dan relevan.
“Semoga ulang tahun ke-80 ini menjadi titik untuk kita terus memperbaharui iltizam perjuangan demi masa depan Malaysia,” ujar beliau. – UMNO Online
UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
You must be logged in to post a comment.