Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail

Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail

Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman IsmailLapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail

KUALA LUMPUR, 10 Mei – UMNO adalah sebuah parti keramat yang telah sekian lama menjadi benteng utama dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara, kata Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Azman Ismail.

Menurutnya, sepanjang lebih lapan dekad penubuhannya, UMNO telah membuktikan ketahanan dan keupayaannya dalam mendepani pelbagai cabaran politik serta perubahan zaman.

“Selama delapan dekad, UMNO berdiri teguh mempertahankan bangsa, agama dan tanah air. Kita teruskan perjuangan dengan semangat perpaduan, setia dan berkhidmat untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

“UMNO terus teguh mengharungi pelbagai cabaran dan perubahan zaman. Daripada generasi terdahulu hingga ke hari ini, perjuangan ini tidak pernah terhenti demi memastikan rakyat terus terbela dan negara terus makmur,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan


Seterusnya Azman menyeru golongan muda agar tampil memikul tanggungjawab sebagai pelapis kepimpinan parti dengan membawa nafas dan idea baharu demi memastikan kesinambungan perjuangan.

“Kepada anak-anak muda, inilah masa untuk tampil ke hadapan sebagai pelapis kepimpinan. Bawalah idea baharu, semangat baharu dan teruskan legasi perjuangan ini dengan penuh tanggungjawab,” katanya lagi.

Beliau turut mengajak seluruh ahli untuk menjadikan ulang tahun parti sebagai titik memperkukuh perpaduan serta memperbaharui iltizam perjuangan.

“Sempena ulang tahun ini, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan perpaduan, memperbaharui semangat perjuangan dan terus istiqamah dalam berkhidmat kepada rakyat.

“Kita yakin, dengan kesatuan dan keikhlasan, UMNO akan terus relevan dan menjadi pilihan rakyat. Selamat ulang tahun UMNO ke-80,” ujarnya. – UMNO Online

Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker