Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis

Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis

Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara merangkap Geostrategis, Profesor Dr Azmi Hassan menyifatkan para pemimpin UMNO sentiasa berfikiran luar kotak untuk menarik minat anak-anak muda terhadap parti.

Mengambil contoh kebijaksanaan pemimpin UMNO menghantar komando untuk menambak Swallow Reef (Pulau Layang-Layang), beliau berpandangan bahawa isu kedaulatan dan keselamatan negara tidak dipandang enteng meskipun selepas kemerdekaan dikecapi.

 

“Dalam satu wawancara khas sempena ulang tahun ke-80 UMNO, Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa untuk menarik anak-anak muda ini memerlukan cara yang tersendiri dan kita kena berfikir di ‘luar kotak’.

“Ya. memang betul. UMNO memperjuangkan kemerdekaan negara dan perkara itu memang tidak dapat dinafikan. Tetapi yang lebih penting, anak muda mahu mendengar bagaimana kerajaan UMNO mempertahankan kemerdekaan tersebut ataupun, dengan lebih spesifik, keselamatan negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri


“Saya ambil satu contoh mudah, empat dekad lepas, kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah menghantar komando ke satu terumbu yang dipanggil Swallow Reef, terumbu layang-layang dikenali sebagai Pulau Layang-Layang dan menambaknya sehinggalah pada hari ini kita mempunyai landasan kapal terbang terpanjang di Kepulauan Spratly ini,” katanya menerusi potongan video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Jelasnya, perkara tersebut perlu diuar-uarkan kepada anak-anak muda agar mereka menyedari bahawa betapa UMNO tidak berkompromi dalam soal kedaulatan negara.

“China baru-baru ini sahaja menambak Mischief Reef untuk membina landasan kapal terbang yang panjang, sedangkan Malaysia telah melaksanakannya sejak tiga hingga empat dekad lalu. Ini merupakan contoh nyata bagaimana pemimpin ketika itu mempunyai pandangan jauh dalam soal kedaulatan dan keselamatan negara.

“Berbicara mengenai Laut China Selatan, itu satu topik yang saya kata boleh memikat anak-anak muda kerana ramai mengatakan Indonesia memanggilnya Natuna, Filipina memanggilnya East Philippine Sea dan Vietnam ada nama tersendiri. Kenapa kita masih memanggil Laut China Selatan? Kita tak ada maruah kedaulatan ke?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik


“Perlu diberitahu anak-anak muda bahawa kita lebih hebat daripada tu. Saya ceritakan tadi bahawa di Pulau Layang-Layang itu ada komando. Sebenarnya, ada enam lagi terumbu lain yang kita ada komando. Kesemua enam terumbu tersebut termasuk Pulau Malaya itu … kita mempunyai nama tersendiri, juga nama Malaysia yang terkandung dalam peta 1979,” katanya lagi.

Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis

 

Mengulas lanjut, beliau turut berpandangan bahawa kelebihan para pemimpin parti berfikiran luar kotak membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh kepercayaan kepada beberapa orang menteri daripada UMNO untuk menjawat portfolio penting negara.

“Jadi itu yang dikatakan bagaimana pemimpin UMNO berfikir di luar kotak. Sekarang ini, kalau nak dibandingkan menteri Pakatan Harapan (PH) dengan menteri UMNO, kita ada ‘tiga serangkai’, iaitu Datuk Seri Dr Zambry Kadir, Datuk Seri Khaled Nordin, dan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Masing-masing memegang tiga portfolio penting iaitu Pertahanan, Pendidikan Tinggi dan Luar Negeri. Perdana Menteri menaruh kepercayaan kepada tiga serangkai daripada UMNO ini.

“Jadi ini yang perlu diuar-uarkan … perlu diceritakan betapa hebatnya menteri-menteri UMNO demi memikat anak-anak muda. Kita berfikir di ‘luar kotak’ untuk memberitahu kepada anak-anak muda bahawa UMNO itu boleh diharap untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan negara,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker