Dr Akmal Tegur Pihak Pertikai Titah Sultan Selangor, Henti Politikkan Isu

Dr Akmal Tegur Pihak Pertikai Titah Sultan Selangor, Henti Politikkan Isu

Dr Akmal Tegur Pihak Pertikai Titah Sultan Selangor, Henti Politikkan Isu

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan bahawa semua pihak perlu menghormati titah Sultan Selangor dan tidak mempolitikkan pendirian institusi Raja dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan negeri serta rakyat.

Beliau berkata, kenyataan media kedua yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor membuktikan masih terdapat pihak yang gagal memahami adab, undang-undang dan penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan.

“Apabila Sultan Selangor sampai perlu mengeluarkan kenyataan media untuk kali kedua, itu bermakna ada pihak yang masih gagal faham bahasa adab, bahasa undang-undang dan bahasa hormat kepada institusi Raja,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, titah Sultan bukan sekadar pandangan politik, sebaliknya merupakan pendirian jelas seorang Raja Pemerintah demi menjaga kepentingan negeri termasuk aspek alam sekitar, ekonomi dan keharmonian masyarakat.

“Titah Tuanku bukan cadangan politik. Titah Tuanku adalah pendirian jelas seorang Raja Pemerintah demi menjaga kepentingan negeri, rakyat, alam sekitar dan keharmonian masyarakat,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri


Beliau turut mengingatkan mana-mana pemimpin supaya tidak mempertikaikan titah Sultan secara terbuka hanya demi kepentingan politik sempit.

“Kalau sudah jelas Tuanku tidak berkenan, berhentilah berdalih. Jangan kerana mahu menjaga kepentingan politik sempit, institusi Raja pula mahu dicabar secara terbuka,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berkata isu berkenaan tidak seharusnya disempitkan kepada sentimen kaum dan agama semata-mata kerana Sultan Selangor turut membangkitkan faktor rasional seperti penggunaan tanah, kos pembangunan dan kepentingan ekonomi negeri.

“Tuanku telah menyebut dengan jelas tentang alam sekitar, kos, sumber tanah terhad dan kepentingan ekonomi negeri. Itu semua hujah rasional, bukan emosi,” katanya.

Beliau turut memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin Dap agar tidak menguji kesabaran rakyat Melayu dan umat Islam dalam perkara yang menyentuh titah Sultan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik


“Politik ada batasnya. Adab kepada Raja jangan sesekali dilanggar,” tegas beliau.

Dr Akmal juga menyeru semua pihak menghentikan polemik berhubung isu tersebut dan kembali menghormati institusi Raja demi kestabilan negeri serta keharmonian rakyat.

“Cukuplah. Hormati titah Tuanku. Hentikan polemik ini. Jangan sampai rakyat melihat kamu bukan sahaja gagal memimpin, tetapi gagal beradab sebagai pemimpin dalam sebuah negeri beraja,” katanya lagi. – UMNO Online

Dr Akmal Tegur Pihak Pertikai Titah Sultan Selangor, Henti Politikkan Isu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker