Penerangan UMNO Bergerak Proaktif, Tangani Persepsi Rakyat
Penerangan UMNO Bergerak Proaktif, Tangani Persepsi Rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Gerak kerja Penerangan UMNO dilaksanakan secara lebih tersusun dan konsisten susulan beberapa perkembangan semasa yang sedang berlaku ketika ini agar tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat.
Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaakob berkata, pendekatan penerangan melalui naratif harian amat penting untuk memastikan rakyat memperoleh penjelasan tepat dan tidak terpengaruh dengan persepsi yang dimainkan pihak tertentu.
“Program penerangan perlu dilakukan kerana ada beberapa perkara sedang berlaku ketika ini. Jika perkara ini tidak difahami dengan betul, ia boleh memburukkan keadaan.
“Segala isu yang berlaku pada ketika ini perlu digerakkan melalui pendekatan penerangan menggunakan naratif harian supaya kita dapat menerangkan isu-isu semasa untuk difahami rakyat,” katanya.
Suraya berkata demikian ketika memberikan ucapan aluan sempena Taklimat Isu-Isu Semasa Penerangan UMNO Malaysia yang diadakan di Menara Dato’ Onn pada Jumaat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
Beliau turut menegaskan bahawa gerak kerja penerangan tidak boleh dihentikan walaupun berdepan cabaran dan situasi semasa yang masih belum menunjukkan perkembangan positif.

“Ini penting untuk kita laksanakan walaupun keadaan masih belum positif. Tanpa disedari, akan timbul pula isu-isu baharu dan kita mungkin tidak mampu memberi penerangan kepada semua pihak jika tidak bergerak dari sekarang,” ujarnya lagi.
Tambahnya, seluruh jentera penerangan di setiap peringkat memainkan peranan aktif dalam menyampaikan fakta tepat, sekali gus mempertahankan parti daripada pelbagai tohmahan dan persepsi negatif yang boleh mengelirukan rakyat.
Turut hadir ke taklimat tersebut adalah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor; Ketua UMNO Bahagian Port Dickson, Datuk Mohd Faizal Ramli; Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Azizy Zainol Abidin; Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Ghulam Muzaffar dan barisan jentera Penerangan UMNO Malaysia dari setiap negeri. – UMNO Online
Penerangan UMNO Bergerak Proaktif, Tangani Persepsi Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Harap Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara Mampu Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Langkah Segera Dan Jangka Panjang Diambil Atasi Banjir Kilat – Rais
- Tanah Anugerah… Rakyat Tuntut Penjelasan Isu Mahligai Sanusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor
You must be logged in to post a comment.