Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni

Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni

Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 8 Mei — Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa ekonomi mikro serta menjaga kebajikan peniaga kecil menerusi lawatan turun padang menyantuni golongan tersebut di kawasan Murni Jaya dan kampung-kampung sekitar.

Beliau berkata, sektor perniagaan kecil memainkan peranan penting sebagai penggerak ekonomi setempat dan sumber pendapatan utama bagi ramai keluarga di Johor, justeru kebajikan golongan itu perlu terus diberikan perhatian.

Menurut beliau yang juga ADUN Bukit Permai, kegigihan para peniaga yang memulakan perniagaan seawal pagi membuktikan kekuatan ekonomi akar umbi yang menjadi nadi kepada pembangunan masyarakat setempat.

“Kerajaan negeri mahu memastikan ekonomi mikro terus berkembang dan mampan kerana sektor ini memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Tiada peniaga kecil yang harus merasa terpinggir dalam arus pembangunan negeri,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri


Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi ramah mesra dan dialog bersama para peniaga bagi mendengar sendiri cabaran yang dihadapi mereka termasuk peningkatan kos bahan mentah serta keperluan kemudahan gerai yang lebih selesa dan kondusif.

Tambah beliau, kerajaan negeri di bawah pimpinan Onn Hafiz Ghazi sentiasa memberi keutamaan terhadap pembangunan ekonomi rakyat khususnya melibatkan usahawan kecil dan peniaga tempatan.

Katanya, pelbagai usaha akan terus diperkukuhkan termasuk bantuan bersasar, penambahbaikan infrastruktur dan sokongan kepada peniaga kecil bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan dengan lebih baik.

“Ekonomi yang kukuh perlu dirasai oleh semua lapisan masyarakat termasuk peniaga kecil di peringkat akar umbi. Kerajaan negeri akan terus berusaha memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik


Beliau berharap lawatan dan interaksi bersama peniaga itu dapat memberi suntikan semangat kepada golongan berkenaan untuk terus berusaha memajukan perniagaan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Johor secara menyeluruh. – UMNO Online

Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker