Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Samasuddin Yusop menegaskan bahawa UMNO kekal sebagai tunjang utama dalam pembinaan negara khususnya bagi memperkasa agenda Melayu, Islam dan Bumiputera sejak awal penubuhannya.
Menurutnya, sepanjang lapan dekad perjuangannya UMNO telah membuktikan keupayaan besar dalam membentuk dasar dan institusi penting negara yang memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.
Katanya, antara bukti jelas kejayaan perjuangan parti ialah penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan pelbagai lagi institusi yang menjadi asas kepada pembangunan masyarakat Melayu dan Bumiputera di negara ini.
“Sebenarnya UMNO telah menjadi asas pembentukan negara terutamanya agenda Melayu Islam dan Bumiputera dengan pembentukan agensi-agensi kerajaan seperti MARA, Felda dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa walaupun parti ini sudah berusia lapan dekad, UMNO masih relevan dan mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir negara.
“Dengan sistem dan pengalaman yang ada dalam parti, sekiranya UMNO kembali menerajui negara sudah pastinya akan menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial kerana parti mempunyai rekod pencapaian yang baik semasa memerintah negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis
- Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
“Banyak perkara yang hendak dilaksanakan untuk rakyat sekiranya negara ini stabil di bawah kerajaan UMNO. Mudah-mudahan UMNO akan terus terpelihara dan pastinya sesuatu yang lebih baik akan diperoleh menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 nanti,” katanya kepada UMNO Online.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruh ahli parti serta orang Melayu dan Bumiputera yang berada di luar parti supaya kembali merapatkan saf perjuangan demi memperkukuhkan masa depan UMNO.
“Saya menyeru kepada seluruh ahli parti khususnya orang Melayu dan Bumiputera yang berada di luar, sama-sama menyertai perjuangan suci ini, rapatkan saf parti, terus setia dan beri kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti,” jelasnya.
Mengulas lanjut beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, dengan wujudnya gagasan Rumah Bangsa ini akan memastikan lagi saf-saf khususnya orang Melayu dapat dipereratkan.

“Dengan wujudnya Rumah Bangsa ini akan mengembalikan kembali rakan-rakan yang pernah berada dalam parti yang ingin sama-sama berjuang dengan agenda melayu dan Islam, sudah pasti akan lebih lancar dan sistematik dengan adanya silaturahim antara kepimpinan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Warga KEMAS: RM143,239 Dikumpul Bantu Mangsa Kebakaran Kampung Bahagia
- RIMBUN 2.0 Jadi Medan Wacana Kedaulatan Ekonomi Negara – Syauqi
- Penerangan UMNO Bergerak Proaktif, Tangani Persepsi Rakyat
Dr Akmal Tegur Pihak Pertikai Titah Sultan Selangor, Henti Politikkan Isu
“Sudah pasti segala usaha ini akan menjadi lebih lancar dan sistematik apabila hubungan silaturahim antara kepimpinan terus diperkasa,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, perpecahan Melayu yang pernah berlaku sebelum ini menjadi pengajaran penting kerana ia boleh melemahkan agenda perjuangan UMNO yang selama ini jelas mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
“Sekiranya bangsa Melayu terus berpecah seperti yang berlaku sebelum ini, sudah tentu wadah perjuangan UMNO akan terbantut meskipun agenda parti amat jelas iaitu membela agama, bangsa dan tanah air.
“Justeru, Rumah Bangsa ini hadir sebagai wadah yang mampu menyatukan kembali kekuatan orang Melayu demi memastikan perjuangan parti terus relevan dan dihormati,” ujarnya lagi. – UMNO Online
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.