Solidariti Warga KEMAS: RM143,239 Dikumpul Bantu Mangsa Kebakaran Kampung Bahagia
Solidariti Warga KEMAS: RM143,239 Dikumpul Bantu Mangsa Kebakaran Kampung Bahagia

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Semangat solidariti dan kebersamaan warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berjaya diterjemahkan menerusi kutipan derma khas bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah apabila sebanyak RM143,239 berjaya dikumpulkan dalam tempoh dua minggu.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau amat tersentuh dengan usaha murni seluruh warga KEMAS yang bersama-sama menjayakan inisiatif Kutipan Derma Solidariti KEMAS bagi membantu keluarga terjejas akibat tragedi tersebut.
Menurut beliau, insiden kebakaran itu turut melibatkan empat orang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda, selain menjejaskan 83 kanak-kanak daripada empat kelas TABIKA di kawasan berkenaan.
“Melalui usaha murni ini, sebanyak RM143,239 berjaya dikumpulkan melalui TABIKA, kelas-kelas kemahiran dan program komuniti KEMAS di seluruh negara bagi membantu warga KEMAS yang terjejas akibat insiden kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, musibah berkenaan bukan sahaja menyebabkan kehilangan kediaman dan kemudahan pembelajaran, malah turut memberi kesan kepada kelangsungan pendidikan awal anak-anak yang merupakan amanah besar kepada negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
Justeru katanya, bantuan yang disalurkan amat penting bagi memastikan kebajikan keluarga terjejas terus terbela selain membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak TABIKA diteruskan secepat mungkin.
“Dana yang terkumpul akan digunakan bagi membantu keluarga kanak-kanak TABIKA dan PPMS yang terjejas akibat kebakaran di samping membiayai pembelian peralatan serta bahan pembelajaran bagi kanak-kanak tersebut,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga KEMAS, para penyumbang dan semua pihak yang bersama-sama menjayakan usaha solidariti itu.
“Semoga nilai kebersamaan dan keprihatinan ini terus menjadi kekuatan kita untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan,” katanya. – UMNO Online
Solidariti Warga KEMAS: RM143,239 Dikumpul Bantu Mangsa Kebakaran Kampung Bahagia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Harap Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara Mampu Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Langkah Segera Dan Jangka Panjang Diambil Atasi Banjir Kilat – Rais
- Tanah Anugerah… Rakyat Tuntut Penjelasan Isu Mahligai Sanusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor
You must be logged in to post a comment.