Pelajar maut terkena renjatan elektrik: JPN Sarawak mula siasatan dalaman

Pelajar maut terkena renjatan elektrik: JPN Sarawak mula siasatan dalaman

Pelajar maut terkena renjatan elektrik: JPN Sarawak mula siasatan dalaman
Laporan BH Online mengenai kejadian pelajar Tingkatan Empat maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk.

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memulakan siasatan dalaman selepas seorang pelajar Tingkatan Empat maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk di sebuah sekolah di Daro, dekat Mukah malam tadi.

JPN Sarawak memaklumkan siasatan dalam bertujuan meneliti pematuhan aspek keselamatan di sekolah menengah itu.

Ketika ini, katanya kejadian itu sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan kawasan kejadian juga kini ditutup.

“Pelajar, guru dan seluruh warga sekolah tidak dibenarkan menghampiri kawasan kejadian sehingga keadaan disahkan benar-benar selamat,” katanya melalui kenyataan, malam ini.

Media sebelum ini melaporkan murid berkenaan maut, manakala seorang lagi pelajar Tingkatan Tiga parah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri


Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintendan Rahim Mihos, berkata pihaknya menerima makluman daripada pihak sekolah mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 malam ketika tiga pelajar lelaki berada di kawasan mengambil wuduk.

Katanya, mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi yang berusia 15 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Daro sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

JPN Sarawak berkata, tumpuan kini untuk memberi bantuan terbaik kepada keluarga pelajar terbabit iaitu Allahyarham Fahrin Jumandy Abdullah, selain memastikan kebajikan seorang lagi pelajar yang sedang mendapat rawatan.

“JPN Sarawak menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Fahrin Jumandy.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik


“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan seluruh keluarga diberi ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini,” katanya.

Pelajar maut terkena renjatan elektrik: JPN Sarawak mula siasatan dalaman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker